suria

“Itulah status mereka secara rasmi”… Shila Amzah ulas hubungan rumah tangga ND Lala dan isteri

Shila menjawab tentang status hubungan ibu bapanya.

PENYANYI Shila Amzah tampil menjawab status hubungan ibu bapanya iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang dikatakan bergolak sejak April lalu.

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, mereka masih lagi berstatus suami isteri berdasarkan maklumat pada borang pernikahannya dengan Ubai yang diisi oleh bapa sebagai wali.

"Disebabkan semua urusan borang perkahwinan saya sudah diselesaikan, maksudnya mereka masih bersama (suami-isteri)... Itulah status mereka secara rasmi.

shila2 - 1

Shila tidak mahu mencampuri urusan ibu dan bapanya.

"Mereka tahu apa yang perlu diutamakan, malah majlis pernikahan saya juga nanti, bapa sudah menandatangani borang untuk menjadi wali," katanya kepada mStar.

Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Rockmantic Night Judika and The Gang yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: ND Lala hadir ke majlis pertunangan Shila Amzah, tersenyum bergambar bersama keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Hari bahagia semakin hampir, Shila Amzah tunggu ibu Ubai sihat sebelum umum tarikh kahwin

Ditanya soal kehadiran ND Lala pada majlis tunangnya Mei lalu, Shila memberitahu bapanya hadir atas dasar tanggungjawab dan ikatan kekeluargaan.

Shila bagaimanapun berkata dia enggan mengulas lanjut tentang hubungan ibu dan bapanya itu, malah penyanyi lagu Pelukan Angkasa ini juga mengakui tidak ambil tahu urusan peribadi mereka.

Disebabkan semua urusan borang perkahwinan saya sudah diselesaikan, maksudnya mereka masih bersama (suami-isteri).

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Saya tidak berani nak beri sebarang komen bagi pihak mereka (ibu bapa) sebab yang berkahwin mereka berdua.

"Saya tak tahu dan tidak mengambil tahu urusan mereka... bapa hadir ke majlis pertunangan saya tempoh hari pun atas dasar kekeluargaan... begitulah," ujarnya.

Walaupun orang tuanya berdepan isu rumah tangga, Shila menganggap segala yang berlaku itu dugaan dan ujian dalam hidup.

Malah, dia bersyukur hubungannya dengan tunang iaitu Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, tidak terkesan dan masih berada dalam keadaan baik.

nd lala

ND Lala dan isterinya, Fauziah.

"Saya menganggap apa juga yang berlaku sebagai asam garam kehidupan dan fasa bertunang.

"Banyak sebenarnya dugaan tetapi Alhamdulillah antara saya dan Ubai, kami tidak mempunyai sebarang masalah," katanya.

Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.

Kemunculan ND Lala pada majlis pertunangan mereka menarik perhatian sekali gus memberi bayangan kemelut melandanya sekeluarga sudah kembali pulih.

Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya.

shila1 - 1

Shila bakal mendirikan rumah tangga bersama Ubai tidak lama lagi.

Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah.

Untuk rekod, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain