suria

Sedih isteri Harry Khalifah tiba-tiba ‘madu’ muncul buat pengakuan… “Kalau tak bincang dulu habislah saya”

Harry percaya perbuatan tersebut dilakukan orang terdekat.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba muncul seorang wanita tidak dikenali mendakwa dia merupakan isteri kedua kepada penyanyi dan komposer, Harry Khalifah.

Cerita Harry atau lebih mesra dengan panggilan Apak, 43, wanita berkenaan membuat pengakuan itu pada isterinya iaitu Noormala.

"Wanita berkenaan tinggalkan komen di Facebook isteri saya. Wanita itu kata saya ada hubungan dengannya. Dia juga mengaku sebagai madu isteri saya. Siap cakap dah dua tahun bermadu dan minta isteri jangan serang dia.

Harry percaya perbuatan tersebut dilakukan orang terdekat.

Wanita tidak dikenali mengaku sebagai madu kepada isteri Apak.

"Dia kongsi perbualan saya dengan wanita itu menggunakan gambar saya siap ada bahasa lucah lagi. Saya pelik macam mana dia tahu gambar WhatsApp saya sedangkan hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Tapi saya menang apabila anak-anak kata itu bukan penulisan saya.

"Gaya penulisan dia lain, bahasa yang digunakan pun lain sangat. Tapi saya percaya ini kerja orang dekat," katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Apak memberitahu isteri yang kini sedang hamil sembilan bulan diganggu sejak Jumaat lalu dengan menerima panggilan serta mesej dari wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Murah rezeki! Baru timang cahaya mata kelapan, isteri hamil lagi... Harry Khalifah tak anggap ramai anak satu beban

ARTIKEL BRTKAITAN: Harry Khalifah takut-takut sambut kelahiran anak kelapan, pertama kali teman isteri masuk bilik bersalin

"Nasib baik isteri saya tak angkat panggilan telefon itu, tapi bila periksa balik kami memang saling tak kenal kerana dia bukan rakan Facebook saya.

"Dia juga hanya cari isteri saya sahaja, saya tak tahu apa dia nak. Mungkin nak duit. Tapi kalau orang rumah saya tak berbincang dengan saya dulu memang habis saya," luahnya.

Tambah Apak, isterinya kini sudah kembali bertenang selepas mendapat penjelasan daripada dirinya sekali gus menganggap perkara yang terjadi ini sebagai satu ujian.

Apak bersama isteri dan anak-anak.

"Isteri saya sekarang sedang mengandung, sedih dia bila terima mesej macam ini. Tapi sekarang isteri saya pun dah kembali bertenang macam biasa selepas dengar penjelasan saya. Cuma dia terkilan apabila lihat mesej tersebut ada gambar saya.

"Apa pun saya anggap perkara yang jadi ini sebagai satu ujian. Orang kata semakin kita dikenali makin ramai yang cuba nak jatuhkan kita," jelasnya.

Untuk rekod, dua anak Apak iaitu Mizan dan Chombi merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain