suria

Kasihan isteri Hafidz Roshdi… Puteri Sarah cuma tunjuk jalan ‘ajar’ penyondol

Sarah hanya beri nasihat dan bimbangan buat Shuhada.

MENGAKUI pernah dihubungi oleh isteri kepada aktor Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanapun berkata dia tidak mengetahui secara terperinci masalah rumah tangga pasangan itu.

Jelas Sarah, 37, dia hanya berkongsi pandangan dan nasihat umum mengenai tindakan yang boleh diambil oleh isteri terhadap pengganggu rumah tangga.

"Sebenarnya masa Sarah dekat Madinah dia ada DM (direct message) saya menceritakan masalah dia... meminta mendoakan dia.

sarah3 - 1

Sarah menerima DM daripada Shuhada.

"Saya ada baca komen mereka mengatakan saya mengajar benda yang salah. Tidak! Saya mengajar bagaimana nak menghadapi dengan orang ketiga sahaja. Nak ambil peguam, itu nasihat saya.

"Apa tindakan yang boleh diambil menghadapi pihak ketiga, apa yang terjadi pada hidup dia tak ada kena mengena dengan saya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Hafidz Roshdi hubungi Puteri Sarah minta nasihat masalah rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada tidak sedih, tak menangis malah tenang terima talak satu dari Hafidz Roshdi

Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui di pertunjukan fesyen Cosry di ibu kota yang berlangsung pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menasihati agar Shuhada membuat keputusan mengikut gerak hatinya sendiri.

Malah, Shuhada juga mengadu sudah tidak tahan berdepan dengan kemelut rumah tangganya itu.

"Sarah cakap dekat dia, buat la apa yang dia nak buat. Jangan buat kerana orang lain suruh apa yang hati Shu cakap dekat Shu. Ikut perkara itu.

Saya ada baca komen mereka mengatakan saya mengajar benda yang salah. Tidak! Saya mengajar bagaimana nak menghadapi dengan orang ketiga sahaja.

PUTERI SARAH

PELAKON

"Dia cakap dekat saya yang dia tak boleh nak tahan, tak tahu nak buat apa! Saya pun kasihan, saya faham dia mestilah derita.

"Pada saya kalau menderita mestilah ambil tindakan. Tapi terpulang pada dia, nak tunggu atau pun tidak. Saya cuma nasihatkan dia apa langkah yang boleh diambil terhadap pihak ketiga," katanya lagi.

Sebelum ini, Sarah mendedahkan Shuhada menghubunginya bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan sewajarnya.

Sarah berkongsi perkara itu semasa melakukan siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat.

Pada 23 Februari lalu, Hafidz dilaporkan menceraikan Nurul Shuhada dengan talak satu menerusi panggilan telefon dihadapan keluarga masing-masing.

sarah1 - 1

Sarah mendedahkan Shuhada menghubunginya bagi mendapatkan nasihat.

Menurut adik kepada Nurul Shuhada iaitu Sofia, keputusan tersebut dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Nurul Shuhada juga dilaporkan akan memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Mac ini.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain