suria

Tak melatah digelar ‘lapik kaki’, Dr Zulkifli puji lagu ‘Aku Maafkan Kamu’ - “Bagus lirik lagu Malique”

Ramai tidak sangka Dr Zulkifli tahu lagu Malique.

ULANG kicau yang dibuat bekas menteri di Jabaran Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri lirik lagu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Malique berjudul Aku Maafkan Kamu mencuri perhatian netizen.

Zulkifli menerusi kapsyen Twit tersebut turut memuji lagu ciptaan bekas anggota kumpulan Too Phat tersebut dan netizen tidak menyangka bekas mufti itu boleh meneka ia lagu Malique hanya berdasarkan beberapa baris lirik.

"Bagus lirik lagu Malique ini," tulisnya ringkas.

Antara komen yang diberikan netizen.

Komen biadap seorang pengguna Twitter dibalas hemah Zulkifli.

Zulkifli mengulang kicau Twit berkenaan selepas seorang individu menggelarnya sebagai 'lapik kaki' selepas mendakwa dia tidak menegur tindakan segelintir ahli politik yang menggunakan taktik kotor dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Zulkifli dalam hantaran berbeza menjelaskan tuduhan itu dibuat berkemungkinan disebabkan individu berkenaan kurang membaca tulisannya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Viral video Shashic Iewan hadiah kereta untuk famili, paling sayu saat bapa tadah tangan berdoa... “Sejak kecil kami naik pengangkutan awam”

ARTIKEL BERKAITAN: Terima anugerah pelajar terbaik... Irfan Haris syukur pensyarah banyak bantu, universiti sedia jadual fleksibel

"Saya yakin saudara kurang baca tulisan saya. Setiap hari saya muat naik nasihat dan teguran di Telegram, Facebook dan Instagram untuk semua parti dan calon.

"Gerakkan jari dan baca. Panggil 'lapik kaki' bukan satu pendekatan baik untuk tegur. Kita tegur untuk orang ikut kita, bukan jauh daripada kita," tulisnya.

Perkongsian bersahaja Dr Zulkifli sering jadi tumpuan ramai.

Zulkifli dituduh tidak menegur ahli politik yang sedang berkempen bersempena PRU15.

Sementara itu, di bahagian komen ramai pengikut Zulkifli secara berseloroh meminta Zulkifli untuk merakamkan lagu dengan penyanyi rap berkenaan.

Zulkifli yang membalas komen tersebut memberitahu kolaborasi itu nanti bakal menjadi sebuah lagu nasyid dan bukannya genre hip hop seperti mana lagu Aku Maafkan Kamu.

Rata-rata netizen terhibur dengan komen balas bersahajanya selain kagum dengan respon terhadap individu yang disifatkan biadab terhadapnya.

Twitter

Zulkifli ulang kicau Twit lirik lagu Malique.

"Dr. Zulkifli pun tahu ini lirik lagu Malique. Malique terbaik, rap sentiasa deep.

"Kalau Dr tak sebut, sampai ke sudah tak tahu itu lirik lagu Aku Maafkan Kamu. Serba-serbi tahu Dr ini.

"Apa lagi? Kolaborasi la Dr Zul!," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain