suria

Video tak senonoh tersebar, bapa pukul Adam Mika… “Ia bukan anak saya, ruang rumah kami bukan macam tu”

Bapa Adam Mika nafi anak lakukan perbuatan tak senonoh.

BUKAN Adam Mika!

Itulah reaksi bapa kepada pelakon Nik Adam Mika iaitu Nik Mohd Adli apabila ditanya mengenai video tidak senonoh yang tersebar didakwa membabitkan anaknya itu.

Menurut Nik Mohd Adli, dia sudah menonton rakaman tular itu dan mendapati susun atur perabot dalam video itu berbeza dengan rumahnya.

Bapa Adam Mika nafi anak lakukan perbuatan tak senonoh.

Malah, Adam juga tidak mengendalikan sebarang akaun media sosial dan dia memantau aktiviti harian anaknya itu.

"Saya dah tengok video tu, yang dalam video tu bukan rumah saya. Rumah saya banglo baharu dan dalam video itu nampak macam rumah kampung.

"Ruang rumah kami bukan macam tu. Adam punya kerusi gaming pun bukan macam tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Puteri Balqis buat laporan polis nafi dakwaan anak... Pengguna Twitter siap tunjuk bukti perbualan!

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah lebih matang berdepan kontroversi, Shahir Zawawi janji tak masuk ‘gua’ lagi

"Dalam telefon bimbit, iPad dan laptop memang tak ada Instagram, Twitter, Telegram... semua tak ada. Memang saya tak bagi dia ada benda-benda macam tu," katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Nik Mohd Adli berkata video berkenaan menjadi kekeliruan ramai apabila pelaku itu dikatakan mirip dengan Adam Mika atau nama sebenarnya Nik Muhammad Adam Mikael.

"Mungkin muka lebih kurang sama, mungkin dia (individu dalam video) ini tak pakai cermin mata tapi dia pakai spek untuk menyerupai Adam, saya tak pasti," ujarnya.

"Rumah kami tak macam tu. Adam punya kerusi gaming pun bukan macam tu"

NIK MOHD ADLI

BAPA

Ditanya mengenai emosi Adam Mika ketika ini, Nik Mohd Adli menyatakan bahawa anaknya itu tidak mengetahui kontroversi yang melanda sehingga diberitahu semalam.

"Dia tak tahu langsung pasal benda ni, segala-galanya melalui saya terlebih dahulu. Instagram, Twitter sebab saya yang pegang. Dia tak tahu menahu pun pasal ni.

"Semalam selepas mengetahui mengenai video itu, saya pukul dia... tapi dalam masa saya tanya tentang hal ini dan dia macam tak tahu apa-apa," katanya lagi.

Adam Mika tak tahu isu yang melanda.

Sementara itu, Nik Mohd Adli memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan bagi membersihkan nama pelakon remaja itu dan keluarganya.

"Laporan polis telah dibuat bagi menjernihkan perkara ini. Saya tak kisah akan rezeki kerana datang dari Allah SWT dan bukannya peminat.

"Pada saya perkara ini telah menjatuhkan maruah saya dan juga keluarga saya," ujarnya.

Kesal dan mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, Nik Mohd Adli tidak menolak kemungkinan Adam bakal mengundurkan diri dalam bidang seni dan menceburi ke arah bidang lain.

Pada pagi Isnin, nama Adam Mika menjadi sebutan warganet di laman Twitter susulan tular akan sebuah video mirip wajah remaja berkenaan dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain