suria

Suami Nora Ariffin buka mulut, bidas kenyataan berniat jahat jejas perkahwinan - “Semoga Allah beri balasan setimpal terhadap pemfitnah”

Suami Nora iaitu Rushdi Ramli tampil menjelaskan mengenai tuduhan membabitkan perkahwinan mereka.

TUDUHAN kononnya penyanyi Datuk Nora Ariffin merahsiakan perkahwinan sejak dua tahun lalu dan memaksa suami menceraikan isteri pertamanya merupakan satu fitnah berniat jahat.

Suami kepada Nora iaitu Dr Rushdi Ramli, 55, berkata tuduhan yang tular di media sosial itu telah mencemarkan nama baik dan perkahwinan mereka.

Justeru itu, Rushdi memohon doa supaya individu yang membuat tuduhan berkenaan menerima hukuman atas perbuatan tidak bermoral itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora umum kahwin dengan pensyarah UM, kawan baik arwah Johan Nawawi

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin nafi tuduhan paksa suami cerai isteri pertama - “Astagfirulllahalazim... semua ini fitnah!”

"Bismillahirahmanirahim... saya bernama Rushdi Bin Ramli secara jujur dan ikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang diviralkan saat ini bertujuan mencemarkan nama baik perkahwinan saya dan Datuk Nora Ariffin.

"Ia adalah suatu fitnah, tohmahan berniat jahat dan buruk.

nora 2

Suami Nora tampil membuat penjelasan berhubung isu viral membabitkan perkahwinan mereka.

"Allahuakbar semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami," katanya menerusi rakaman suara yang dihantar pada Ahad.

Menerusi laporan sebuah portal pada pagi Ahad, Nora didakwa menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama.

Astagfirulllahalazim... semua ini fitnah, tidak benar.

NORA ARIFFIN

PENYANYI

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan status suaminya itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengan Nora.

Selepas isu ini menjadi perbualan hangat netizen, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu.

Kata Nora, segala tohmahan yang dilemparkan itu merupakan satu fitnah yang tidak benar sama sekali.

nora 1

Nora nafi dakwaan tidak berasas itu.

"Astagfirulllahalazim... semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya," ujarnya.

Nora selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Perkahwinan itu sekaligus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang bertebaran sebelum ini.

Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal itu pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu baru berusia 20 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain