suria

Nora umum kahwin dengan pensyarah UM, kawan baik arwah Johan Nawawi

Datuk Nora berkahwin dengan Dr Rushdi Ramli.

SETELAH empat tahun bersendirian, penyanyi Datuk Nora Ariffin akhirnya bertemu jodoh dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli.

Khabar gembira itu dikongsikan balu Allahyarham Johan Nawawi itu menerusi Instagram.

Bagaimanapun Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 48, tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih sendiri” - Nora Ariffin nafi dakwaan kahwin senyap-senyap dengan menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin dapat cincin sempena ‘birthday’ ke-48... peminat teruja nak tahu bila tarikh kahwin?

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.

"Beliau adalah saudara Rushdi Ramli," tulis Nora.

Selain itu Nora turut memohon maaf kerana merahsiakan perkahwinannya dengan Rushdi, 55, namun hanya dikongsikan dengan keluarga terdekat.

"Daripada awal lagi saya berniat mahu tidak berkongsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

"Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.

Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan

DATUK NORA ARIFFIN

PENYANYI

"Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan," luah penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Untuk rekod Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Sebelum ini juga Nora berdepan gosip liar mendakwa dia mendirikan rumah tangga dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain