suria

Tauke Jambu minta netizen belajar jangan cepat buat spekulasi, sekadar main ‘kahwin kahwin’

Tauke Jambu tiada niat mahu tipu satu Malaysia.

HAMPIR seminggu mendiamkan diri selepas dikecam melakukan gimik kahwin untuk mempromosikan produk kesihatan, Tauke Jambu akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata, apa yang dilakukan itu sebenarnya ingin mengajar netizen untuk bersabar dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi secara tergesa-gesa.

"Saya minta maaf kepada netizen dan orang di luar sana, saya tak ada niat untuk scam atau menipu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita didakwa kahwin dengan Tauke Jambu tampil jelaskan situasi sebenar, tiada niat tipu satu Malaysia

ATTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu kahwin lagi? Video TikTok cetus tanda tanya, wanita bernama ‘Shu’ jadi pilihan

"Ni cara zaman sekarang sebab nak menjana ekonomi. Masing-masing ada cara tersendiri... cuma harap netizen sebelum memberi sebarang komen dan spekulasi kena teliti terlebih dahulu.

"Ini mengajar kita untuk bersabar dan menunggu segala keputusan baru lah kita tentukan dan komen jangan nak hentam je," katanya kepada mStar.

TAUKE11

Video yang tular sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

Biarpun menerima kecaman yang teruk daripada segelintir netizen, Tauke berkata, dia tidak berkecil hati atau mengambil serius dengan pandangan negatif terhadap dirinya.

"Saya tak ada simpan apa-apa pun, biasa la lumrah kehidupan ada pasang dan surut.

"Saya pun tak menyalahkan netizen sebab mereka yang menyokong kita sebenarnya sebab sebagai artis dan selebriti memang memerlukan netizen," ujarnya.

Saya minta maaf kepada netizen dan orang di luar sana, saya tak ada niat untuk scam atau menipu mereka

TAUKE JAMBU

PELAWAK

Ketika ditanya berhubung dengan idea menggunakan isu perkahwinan yang disifatkan keterlaluan dan sensitif, dia berkata tidak ada yang perlu diperbesarkan dan menganggap perkara itu hanya 'main kahwin-kahwin'.

"Pasal isu kahwin tu pula samalah macam zaman kecil dulu mesti ramai pernah main kahwin-kahwin.

"Jadi macam saya ni baru nak hidup semula selepas banyak lakukan kesalahan, jadi saya ibaratkan diri macam budak main kahwin-kahwin," ujarnya.

TAUKE34

Tauke Jambu mohon maaf, tiada niat mahu tipu satu Malaysia.

Pada 23 November lalu, tular video di TikTok kononnya Tauke Jambu berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita bernama Shu sehingga mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

Beberapa hari kemudian, Tauke memuat naik video penuh yang memperlihatkan dia dan wanita berkenaan melakonkan aksi pernikahan bagi mempromosikan produk ubat kesihatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain