suria

[VIDEO] Penjelasan Haqiem Rusli rancangan tangguh dapat anak, masih buat ‘research’ cara-cara jadi suami yang baik

SUDAH menjadi kelaziman dalam masyarakat, soalan tentang cahaya mata pasti akan muncul sebaik terhadap pasangan yang baharu berumah tangga.

Penyanyi Haqiem Rusli yang baru memperisterikan Anis Sofea sejak dua minggu lalu tidak terkecuali menerima pertanyaan seperti itu.

Bagaimanapun Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli,23, memilih untuk merancang keluarga memandangkan dia dan isteri masih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wedding of the year! RM7 juta kos majlis kahwin Haqiem Rusli, selamat jadi suami Anis Sofea dengan dua kali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli kahwin Jumaat depan, lancar lagu istimewa untuk bakal isteri

"Saya tak menolak rezeki, kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima... itu rezeki Allah.

"Tapi untuk masa sekarang bukan kami taknak cuma kami masih nak memantapkan lagi hubungan daripada segi kesefahaman. (Perlu bincang) adakah kami sudah bersedia (timang anak) dalam umur sekarang ni.

TONTON VIDEO MAJLIS RESEPSI HAQIEM DAN SOFEA!

"To be honest saya tak bersedia lagi, saya masih buat research macam mana nak jadi suami yang baik, masih cari pengalaman la. belum sedia ada anak dalam usia muda ni," katanya kepada mStar.

Haqiem dan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Dalam pada itu penyanyi lagu Tergantung Sepi ini berkata dia dan isteri masih dalam proses untuk mengenali antara satu sama selain belajar menjadi pasangan yang baik.

Saya tak menolak rezeki cuma kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Akui Haqiem dia sendiri agak kekok selepas memikul tanggungjawab sebagai suami terutamanya perlu mengambil tahu hal berkaitan isterinya.

"Dalam hal berkaitan rumah tangga kami akan bertanya kepada ibu bapa saya dan Sofia, mereka yang membantu mematangkan lagi hubungan kami. Mereka yang lebih berpengalaman dalam rumah tangga.

"Kalau nak bercakap soal perbezaan selepas berkahwin, pada mulanya memang rasa berbeza sebab saya perlu memikul tanggungjawab yang lain. Apa sahaja urusan Sofea saya turut perlu ambil tahu.

HAQIEM KAHWIN

Haqiem bernikah dengan Anis Sofea pada 19 November lalu.

Ketika ditanya tentang perancangan untuk berbulan madu, Haqiem berkata dia masih terikat dengan beberapa program yang perlu diselesaikan.

"Hari tu sempat babymoon je kat Port Dickson. Buat masa sekarang saya ada komitmen setiap hari Ahad untuk Suara Viral.

"InsyaAllah tahun depan nak pergi umrah dulu dan mungkin nak bercuti ke London atau Korea," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain