suria

[VIDEO] Wedding of the year! RM7 juta kos majlis kahwin Haqiem Rusli, selamat jadi suami Anis Sofea dengan dua kali lafaz

Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada Anis sofea. Kredit foto: @Aqoimran

LAKSANA bulan dengan matahari... Dengan dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.40 petang, Jumaat.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Anis Sofea bakal isteri Haqiem Rusli, cantik manis orangnya

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli kahwin Jumaat depan, lancar lagu istimewa untuk bakal isteri

Bersyukur acara akad nikah berjalan lancar, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, berkata Anis sudah cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut serta keterampilan gadis itu berjaya menambat hatinya.

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem.

Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi.

Haqiem

Haqiem memberikan mas kahwin RM300 kepada isterinya.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.

WhatsApp Image 2021-11-19 at 3.36.40 PM

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas lima.

Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini.

Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah Habib Jewels, jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya.

Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Haqiem Rusli, Anis Sofea, berkahwin

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan