suria

Ezzaty terpaksa jadi cikgu di rumah, berhentikan anak prasekolah sebab tak fokus belajar dalam talian

Sepanjang PKP Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah fokus kepada anak.

ENGGAN membazir dan membuang masa dengan membiarkan anak kecil mengikuti sesi pembelajaran awal kanak-kanak secara dalam talian, pelakon Ezzaty Abdullah mengambil keputusan memberhentikan anaknya, Harum Dalia daripada prasekolah.

Kata Ezzaty, dia terpaksa berbuat demikian kerana anaknya yang baru berusia tiga tahun itu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran.

"Awal tahun ini kami hantar dia ke prasekolah. Tapi kemudian PKP dilaksanakan dan proses pembelajaran diadakan secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah turun dapur semula, jual mi udang untuk tampung pendapatan terjejas - “Pengalaman lepas mengajar jadi lebih bersedia”

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah terlibat kemalangan selepas balik penggambaran, langgar penghadang jalan pukul 3 pagi - “Bukan sebab saya mengantuk ya!”

"Dia kecil lagi jadi apabila buat online class dia tak fokus serta kurang faham.

"Jadi bulan Jun lalu saya berhentikan dia daripada prasekolah," katanya kepada mStar.

ezzaty1

Ezzaty ambil alih mengajar Harum Dalia di rumah sepanjang PKP.

Bagaimanapun kata isteri kepada aktor Azwan Kombos ini, dia mengambil alih tugas mengajar anaknya itu agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Waktu dia masuk online class pun saya yang banyak bantu dia, jadi saya fikir lebih baik saya ambil alih untuk terus ajar dia.

"Selama PKP ni pun kami tak ada kerja penggambaran, jadi memang boleh fokus kepada dia.

Dia kecil lagi jadi apabila buat online class dia tak fokus serta kurang faham

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

"Alhamdulillah buat masa ini dia dah pandai eja ibu dan kenal huruf. Tapi ada yang dia masih tak tahu la," katanya.

Bagaimanapun cerita Ezzaty, suaminya Azwan lebih fokus memberi pendedahan daripada segi persediaan fizikal untuk anak mereka.

"Azwan tak boleh nak jadi cikgu sebab tak ada kesabaran nak mengajar budak-budak.

243369936_845104783036669_3830012046426746973_n

Ezzaty berkahwin dengan Azwan Kombos pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seornag anak perempuan.

"Saya memang suka budak sebab pernah kerja di taska. Saya tahu macam mana nak ajar budak.

"Tapi kalau bab aktiviti fizikal dia la yang ajar," ujarnya.

Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016 dan buat ini mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Harum Dalia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain