suria

Bakat pengkarya animasi tak dilupa, cari ruang tembus stesen TV antara inisiatif KKMM bantu Industri Kreatif

Kerajaan menyediakan platform untuk pengkarya animasi tembusi siaran perdana dan digital.

NASIB penggiat seni dalam berdepan dengan tempoh mencabar berikutan pandemik COVID-19 menjadi keutamaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu kelangsungan dan kelestarian penggiat industri kreatif.

KKMM sentiasa memberi keutamaan kepada industri kreatif, antaranya melalui inisiatif penting seperti Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) mulai 5 Februari lalu bagi membantu ramai penggiat seni melalui tempoh sukar ini.

Picture 8PRISMA bantu penggiat seni melalui tempoh sukar.

Tiga teras utama PRISMA:

1. Memudahcara pembiayaan penghasilan kandungan kreatif

2. Mengupayakan kapasiti dan kemahiran penggiat industri kreatif

3. Menyediakan akses pasaran bagi produk kreatif tempatan

Sejumlah RM160 juta di bawah peruntukan sedia ada disediakan untuk melaksanakan 40 program di bawah Kementerian. Antara agensi yang terlibat adalah seperti RTM, FINAS, MDEC, MyCreative Ventures, RIUH dan CENDANA yang melibatkan program berbentuk platform digital, latihan, pemberian geran dan pinjaman mudah.

Sehingga November 2021, PRISMA telah memberi manfaat kepada lebih 22 ribu penggiat industri yang terlibat dalam menjayakan program-program yang ditetapkan dengan lebih 29,000 pekerjaan pelbagai kategori dalam sektor industri kreatif telah diwujudkan.

Picture 3Annuar Musa melawat set penggambaran bagi meninjau pematuhan SOP.

Inisiatif kerajaan memulihkan industri kreatif

Menurut Annuar, di bawah Belanjawan 2022, kerajaan telah mengumumkan sejumlah RM238 juta untuk pelbagai inisiatif termasuk geran kandungan digital, projek multimedia dan kandungan digital, inisiatif filem serta program latihan dan peningkatan kemahiran serta skim PERKESO Keselamatan Sosial untuk artis-artis.

“Inisiatif ini akan mempercepatkan pemulihan semua sektor kreatif yang melibatkan perfileman, seni visual dan persembahan kraf, muzik dan kandungan digital negara yang seterusnya akan membuka peluang pekerjaan baharu dalam sektor ini di samping dapat memperkukuhkan pekerjaan sedia ada,” ujarnya.

Picture 7Kerajaan dalam usaha membawa kandungan animasi ke tahap antarabangsa.



Platform Animasi Nasional

Selain itu, kerajaan sedar akan kekangan yang dihadapi kebanyakan pengkarya animasi adalah kurangnya peluang dan ruang bagi mempersembahkan animasi di mana-mana siaran perdana mahupun platform penstriman digital serta memerlukan dana yang signifikan dalam menghasilkan karya yang berkualiti.

Oleh yang demikian, Platform Animasi Nasional telah dirangka dengan kolaborasi syarikat penyiaran dan juga penyedia platform penstriman digital dalam membangunkan kandungan animasi ini, sama ada penyediaan skrip mahupun produksi supaya ianya setara dengan piawaian antarabangsa.

Seterusnya, membawa kandungan serta karya animasi ini ke satu tahap pengkomersilan antarabangsa malah membuka mata syarikat penerbitan terkemuka akan bakat-bakat hebat anak tempatan kita.

Picture 4

Lawatan Menteri ke Balai Kartun Rossem, Kota Bharu, Kelantan.

Kesedaran vaksin dalam kalangan penggiat seni

KKMM melalui FINAS sentiasa memberi kesedaran kepentingan vaksin melalui Pesanan Khidmat Awam (PSA) yang diterbitkan oleh FINAS kepada semua penggiat industri kreatif dan memantau perkembangan jumlah penggiat yang telah mengambil vaksin dari persatuan-persatuan perfileman tanah air.

Selain itu, seiring seruan kerajaan dalam mencapai kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, KKMM juga menyelaraskan semua perkara berkaitan SOP Sektor Industri Kreatif dengan mewajibkan penggiat seni mendapatkan vaksin lengkap sebelum memulakan aktiviti industri kreatif.

Majlis pelancaran Art In The City 2021.

Majlis pelancaran Art In The City 2021.

Program RIUH Keluarga Malaysia

Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM20 juta kepada Kumpulan MyCreative bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Program RIUH Keluarga Malaysia yang akan merancakkan industri kreatif pada tahun 2022.

Program ini dijangka dapat mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan dan memberi sokongan kepada 2,000 usahawan kreatif tempatan

Sebanyak 26 acara berkaitan industri kreatif bakal dianjurkan di seluruh negara yang akan memanfaatkan lebih banyak golongan rakyat seperti peniaga kecil dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative, Encik Junady Nawawi berkata, bagi mencapai objektif yang digariskan dalam Belanjawan 2022, Pemulihan, Ketahanan dan Pembaharuan perlu digunakan untuk meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan industri kreatif yang mampan.

“Kami akan terus menerapkan pemikiran inovatif, inisiatif tersusun serta pembiayaan inovatif, untuk menghadapi cabaran pengamal industri, mewujudkan nilai lebih inklusif dan meningkatkan peluang untuk semua sektor dalam bidang kreatif Malaysia,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain