suria

Pelakon veteran Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19 tahap 5

Allahyarham Fetty Dzul dimasukkan ke ICU, Hospital Selayang sejak 7 November.

PELAKON era 1970-an, Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima pada usia 63 tahun di Hospital Selayang kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.

Berita sedih pemergian Fetty atau nama sebenarnya Fatimah Abd Rahim itu dikongsikan anak arwah dikenali sebagai Ijat kepada mStar.

Menurut Ijat, ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak 7 November lalu.

"Semoga Allah mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya.

"Terima kasih di atas semua ingatan dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.

"Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan, minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul," katanya.

Fetty Dzul dikenali peminat kerana sering tampil memegang karakter antagonis dalam drama atau filem.

Fetty juga merupakan antara pelakon terawal yang terbabit dengan siri drama kepolisan terbitan Datuk Yusof Haslam iaitu Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota sekitar tahun 1980-an.

Dalam pada itu Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pontianak Bidan Gayah dan Hantu Bungkus Lawan Pontianak.

Pada awal tahun 1990-an Fetty meninggalkan Malaysia selama empat tahun kerana mengikut Allahyarham suaminya bertugas di Amerika Syarikat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain