suria

[VIDEO] Haqiem Rusli nyanyi lagu ‘Hitam Saksi Putih’ khas untuk Anis Sofea, majlis resepsi mewah persis taman kayangan

Haqiem dan Anis kelihatan anggun dan bergaya dalam persalinan rona putih. -Foto Project Two-Pi

ALUNAN single terbaharu berjudul Hitam Saksi Putih oleh Haqiem Rusli untuk isteri tersayang, Anis Sofea cukup membuatkan tetamu majlis resepsi pernikahan penyanyi itu merasai kehangatan cinta mereka.

Pada majlis yang berlangsung di Skyglass Cyberjaya pada Jumaat malam itu, Haqiem memasuki dewan dengan nyanyian lagu berkenaan sambil ditemani isteri sebelum kedua-dua mempelai berjalan menuju ke pelamin.

Majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wedding of the year! RM7 juta kos majlis kahwin Haqiem Rusli, selamat jadi suami Anis Sofea dengan dua kali lafaz

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 24, segak mengenakan sut putih dan Anis Sofea, 19, kelihatan anggun mengenakan dress daripada rona sama hasil sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini.

@mstarmalaysia

Haqiem Rusli nyanyikan lagu khas berjudul Hitam Saksi Putih untuk isterinya, Anis Sofea. ##fyp ##mstar ##mstartiktok

♬ original sound - mStar Official

Memilih tema Raikan Cinta di Langit Asmara, suasana dewan resepsi kelihatan mewah dengan dekorasi yang diberi nama 'The SOFEA.

Ia diinspirasikan daripada 'Floral Garden' dalam rona pastel yang elegan dan mewah.

CST04911

Haqiem dan Anis kelihatan segak dan anggun. -foto Project Two-Pi

Selain persembahan daripada Haqiem, majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian daripada Luqman Faiz dan Sufian Suhaimi.

Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Ramlah Ram, Datuk A.Aida dan Asad Motawh.

IMG_6638

Pasangan pengantin sempat memberikan ucapan kepada tetamu. -foto Project Two-Pi

Terdahulu pasangan ini selamat dinikahkan dengan dua kali lafaz di Masjid Raya Fisabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.41 petang, Jumaat.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang berbalas lima kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain