suria

Haqiem Rusli kahwin Jumaat depan, lancar lagu istimewa untuk bakal isteri

Haqiem Rusli umumkan bakal tamatkan zaman bujang.

KURANG seminggu lagi penyanyi Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang identitinya masih menjadi tanda tanya.

Haqiem mengejutkan para peminatnya yang menonton siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) dengan berita gembira itu apabila mengumumkan bakal bernikah pada 19 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Umum bakal berkahwin, Haqiem Rusli gembira peminat bagi sokongan - “Perkara baik tak boleh disembunyikan”

"Pada 19 November ini saya akan bernikah, minta doa yang baik-baik," katanya ringkas.

134472193_740007756610345_5188586970730174379_n

Haqiem juga akan melancarkan sebuah lagu istimewa untuk isteri.

Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, sebelum itu diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi ABPBH34.

Dalam pada itu Haqiem berkata pada hari bahagiannya itu dia bakal melancarkan sebuah lagu istimewa sebagai kenang-kenangan.

"Pada hari itu juga saya akan lancarkan satu lagu khas untuk kami nanti," katanya.

Pada 30 Mei lalu Haqiem berkongsi hasratnya untuk berkahwin menerusi sesi Instagram live yang dibuat kira-kira pukul 2 pagi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Zii Jia kemuka rayuan kepada BAM