suria

Janna nick Bintang Paling Popular, terima 86 juta undian!

Janna Nick turut merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Pengacara TV Popular.

ANGKA undian luar biasa sebanyak lebih 86 juta melayakkan pelakon Janna Nick diangkat sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) yang diadakan pada Sabtu.

Pada acara yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) itu pengacara Sherry Alhadad mengumumkan Janna memperoleh 86,374,777 undian daripada peminat.

Menerusi kemenangan itu Janna membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Nissan Leave berserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin menang Penyampai Radio Paling Popular buat kali keempat, hormat dan tak sombong dengan peminat rahsia kejayaan

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli kahwin Jumaat depan, lancar lagu istimewa untuk bakal isteri

"Alhamdulillah thank you Allah, saya tak tahu adakah saya layak dapat anugerah ini. Thank you yang banyak support saya sepanjang pembabitan saya dalam industri sehinggalah sampai saya hampir tersungkur awal tahun ni.

"Terima kasih kerana memberikan anugerah ini kepada saya sebagai pemangkin semangat untuk teruskan kerjaya seni saya," katanya.

KUALA LUMPUR 13 NOVEMBER 2021. Janna Nick memenangi trofi Bintang paling popular ABPBH 34 pada malam kemuncak ABPBH ke-34 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). NSTP/TEAM FOTO

Janna Nick turut merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Pengacara TV Popular.

Pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah berusia 26 tahun ini juga merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular mengetepikan Sherry Alhadad, Nelydia Senrose, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose.

Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner juga meraih trofi Pengacara TV Popular menewaskan Azira Shafinaz, Mira Filzah, Sherry dan Jihan Muse.

Bagi kategori lain, Pelakon TV Lelaki Popular dimenangi oleh Ben Amir dan Siti Saleha pula membawa pulang trofi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

KUALA LUMPUR 13 NOVEMBER 2021. Khai BAhar dan Aina Abdul menggondol trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular  pada malam kemuncak ABPBH ke-34 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). NSTP/TEAM NSTP

Aina Abdul dan Khai Bahar menang kategori Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular.

Dua penyanyi iaitu Aina Abdul dan Khai Bahar yang popular menerusi lagu Nafas Cinta membuktikan mereka adalah pasangan serasi apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular.

Penyanyi lagu Angkara iaitu Siti Nordiana turut membawa pulang trofi bagi kategori Artis Versatil Popular dan Penyanyi Wanita Popular Xiaomi.

Sementara itu penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid mengekalkan kejayaan yang diraih tahun lalu bagi kategori Penyampai Radio Popular.

ABPBH34 kali ini mengejutkan penonton apabila pelakon Fattah Amin memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

KUALA LUMPUR 13 NOVEMBER 2021.  Fattah Amin merangkul trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, pada malam kemuncak ABPBH ke-34 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). STR/AZIAH AZMEE

Fattah Amin rangkul anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

Bagi anugerah Artis Baharu Popular, penyanyi berkumpulan Dolla dipilih sebagai pemenang bagi kategori wanita dan Dinnie Rashid bagi kategori lelaki.

ABPBH34 kali ini dikendalikan oleh Sherry Alhadad serta hos segmen karpet merah, Sissy Imann dan Izzue Islam.

Tirai persembahan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dibuka dengan persembahan memukau Stacy, Khai Bahar, Vanessa Reynauld, Kmy Kmo dan Nicole Lai menerusi dua lagu medley, Mulanya Di Sini dan Negaraku.

Berikut adalah senarai penuh ABPBH34:

1) BINTANG PALING POPULAR: Janna Nick

2) PENYANYI LELAKI POPULAR XIAOMI: Haqiem Rusli

3) PENYANYI WANITA POPULAR XIAOMI: Siti Nordiana

4) ARTIS KOLABORASI/ DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Aina Abdul/Khai Bahar (Nafas Cinta)

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Dinie Rashid

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Dolla

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Fattah Amin

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Janna Nick

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: Ben Amir

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Siti Saleha

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: Asif Suhaimi

12) PENGACARA TV POPULAR: Janna Nick

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: DJ Lin/ Suria FM

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: Siti Nordiana

15) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Datuk Habsah Hassan

Kategori Online

1) GANDINGAN SERASI DRAMA POPULAR: Kamal Adli & Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)

2) GANDINGAN SERASI FILEM POPULAR: Wanna Ali & PU Riz (Ada Apa Dengan Dosa)

3) WATAK ANTAGONIS POPULAR: Liza Abdullah

4) FC FANTASTIK POPULAR: Siti Nordiana FC

5) ARTIS TIKTOK POPULAR: Khai Bahar

6) YOUTUBER POPULAR: Aqil Zulkiflee

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain