suria

Rancangan sambut birthday tak menjadi, Zaki Yamani masuk hospital terkena jangkitan pada bahagian tekak

Zaki Yamani dikejarkan ke hospital pada Khamis selepas mengalami demam teruk.

BAKAL menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-15 pada Ahad ini, penyanyi Zaki Yamani berdepan detik cemas apabila terpaksa dikejarkan ke hospital Avisena Shah Alam disebabkan terkena jangkitan pada bahagian tekak.

Ibu kepada Zaki iaitu Fatimatuzahra Samat ketika dihubungi mStar berkata, ia berpunca daripada demam teruk yang dialaminya sejak empat hari lalu.

"Zaki terkena jangkitan kuman pada bahagian tekak, puncanya baru-baru ni dia demam panas yang sangat teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani bengang individu menyamar jadi pengurus ‘deal’ tanpa pengetahuan - “Pulangkan duit yang diambil”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani enggan tumpang populariti bapa - “Jarang tengok baba nyanyi... dia pun baru tahu saya ada lagu”

"Dia tak boleh bangun, jadi terpaksa dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans pada Khamis malam," katanya kepada mStar.

YAMANI

Perkongsian Zaki di Instastory miliknya.

Pada mulanya anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu disyaki terkena jangkitan Covid-19 atau demam denggi disebabkan terdapat simptom-simptom tersebut pada anaknya itu.

Namun, selepas menjalani ujian calitan, Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani disahkan negatif.

Nak plan sambut hari jadi dia hari Ahad ni tak jadi la, nampaknya kat hospital je la.

FATIMATUZAHRA SAMAT

IBU

"Saya ingat dia kena Covid-19 sebab muntah-muntah, tak lalu nak makan, batuk dan sesak nafas.

"Sebab tu kena bawa pergi hospital, tapi apabila dah buat swab test Alhamdulillah keputusan negatif. Doktor pun check darah kerana takut terkena denggi, tapi tak ada juga.

IUSAD

Zaki kini dirawat di hospital ditemani ibunya.

"Rupa-rupanya dia terkena jangkitan kuman pada bahagian tekak dia, saya pun pelik," kata ibunya lagi.

Tambah Fatimatuzahra, atas nasihat doktor Zaki perlu terus ditahan di hospital sehingga keadaannya semakin baik.

"Saya pun tak tahu sampai bila dia perlu ditahan di hospital. Nak plan sambut hari jadi dia hari Ahad ni tak jadi la, nampaknya kat hospital je la. Saya temankan dia dekat sini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain