suria

Bapa Noryn Aziz meninggal dunia akibat barah hati tahap 4

Noryn kehilangan bapanya pada petang Khamis akibat kanser hati tahap empat.

KHABAR duka buat keluarga penyanyi Noryn Aziz apabila bapanya iaitu Abd. Aziz Mohd Dali meninggal dunia akibat penyakit barah hati tahap empat, kira-kira pukul 2.30 petang Khamis.

Menurut Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz, 45, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Noryn Aziz sempat kahwin sebelum PKPB, buat persiapan kurang 24 jam - “Keperibadiannya memikat saya”

"Dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami.

Allahyarham  Abd. Aziz Mohd Dali meninggal dunia akibat menghidap barah hati tahap 4.

Allahyarham Abd. Aziz Mohd Dali meninggal dunia akibat menghidap barah hati.

"Meninggal dunia pada pukul 2.30 petang di kediaman di Shah Alam, Selangor disebabkan liver cancer stage 4.

"Al-Fatihah buat ayah tersayang," kata Noryn.

Noryn berkata, jenazah akan disolatkan selepas Isyak di Surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman U10, Shah Alam dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Budiman Meru, Klang Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain