suria

Wanita didakwa kahwin dengan Tauke Jambu tampil jelaskan situasi sebenar, tiada niat tipu satu Malaysia

Shu menjelaskan dia dan Tauke hanya kahwin untuk iklan produk.

DIDAKWA menipu satu Malaysia, wanita yang dikenali sebagai Shu tampil mengakui video dia dan pelawak Tauke Jambu berkahwin itu hanya untuk iklan produk.

Tiada niat untuk menipu mana-mana pihak, Shu berkata, pengakuan yang dibuat sebelum ini hanyalah ‘kahwin’ dalam iklan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu kahwin lagi? Video TikTok cetus tanda tanya, wanita bernama ‘Shu’ jadi pilihan

Malah menurut Shu, video yang memperlihatkan mereka berkahwin di sebuah masjid yang menjadi tular di aplikasi TikTok itu juga di luar kawalannya.

Sebab ikutkan perancangan memang kami nak release video iklan itu di laman sosial.

SHU

USAHAWAN

"Kami memang kahwin tapi hanya untuk video iklan sahaja. Tak niat nak tipu netizen Malaysia.

"Perkongsian TikTok yang viral bukan daripada saya. Orang lain yang post video letak kapsyen seakan-akan saya dah Tauke berkahwin," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, nama pelawak Tauke Jambu menjadi bualan ramai selepas tersebar video yang mendakwa dia berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Shu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria akhirnya memuat naik video sebenar di Instagram pada Jumaat lalu yang merupakan iklan produk sahaja.

Shu 1

Perkongsian netizen menimbulkan spekulasi.

Dalam pada itu, Shu menganggap video iklan berbentuk perkahwinan yang dilakukan mereka tidak salah memandangkan ia bukan satu gimik yang dirancang.

"Saya rasa tak ada masalah pun untuk kami buat video iklan berbentuk perkahwinan dan ia bukan satu gimik yang dirancang.

"Sebab ikutkan perancangan memang kami nak release video iklan itu di laman sosial. Tapi ada orang lain yang berkongsi video sehingga menimbulkan salah faham.

"Orang yang yang memuat naik video berserta kapsyen yang mengelirukan itu di luar kawalan saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu