suria

“Niat saya betul-betul kerana Allah, tapi lain pula jadinya” - Nora Ariffin kesal jadi mangsa fitnah selepas kongsi berita perkahwinan

Nora terkilan difitnah punca suami ceraikan isteri.

SUSULAN tuduhan memaksa suami menceraikan isteri pertama, penyanyi Datuk Nora Ariffin meminta pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tampil bersemuka dengannya.

Nora, 48, berkata, dia ingin mengetahui apa tujuan sebenar pihak berkenaan menyebarkan perkara tidak berasas itu sehingga menjejaskan perkahwinan yang baharu dibina bersama Dr Rushdi Ramli.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora umum kahwin dengan pensyarah UM, kawan baik arwah Johan Nawawi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nora Ariffin buka mulut, bidas kenyataan berniat jahat jejas perkahwinan - “Semoga Allah beri balasan setimpal terhadap pemfitnah”

Dia juga terkilan, pihak tersebut juga tidak menghubunginya jika mempunyai sebarang masalah.

“Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami, tolong tampil bertemu muka. Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu.

Suami Nora iaitu Rushdi Ramli tampil menjelaskan mengenai tuduhan membabitkan perkahwinan mereka.

Nora terkilan fitnah tidak berasas dakwa paksa suami ceraikan isteri.

“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, tuduhan yang tidak tepat dan berasas ini? Lagipun ini adalah hal kehidupan saya.

“Kenapa gunakan sosial media dan akaun palsu untuk sebarkan fitnah? Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya.

“Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya. Itu adalah hak suami saya. Hak mutlak seorang suami, tidak boleh dipaksa-paksa,” ujarnya.

Menerusi laporan sebuah portal pada pagi Ahad, Nora didakwa menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama.

Sebagai seorang selebriti saya juga berhak utk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan.

NORA

PENYANYI

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan status suaminya itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengan Nora.

Sementara itu, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini, hal berkaitan perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa.

Malah, tiada manusia yang berhak memaksa mana-mana individu untuk bercerai tanpa sebab.

“Perkahwinan tidak boleh dipaksa- paksa. Begitu juga dengan perceraian.

“Tidak ada seorang manusia pun yang berhak memaksa orang lain bercerai tanpa sebab. Itu dosa besar,” ujarnya.

Screen Shot 2021-12-05 at 11.34.52 PM

Nora membuat penjelasan di IG pada Ahad.

Dalam pada itu, Nora berkata, niat dia berkahwin dengan Dr Rushdi adalah kerana Allah dan tindakannya berkongsi tentang perkahwinan itu kerana ingin mengelakkan sebarang fitnah.

Namun, dia juga berhak untuk tidak berkongsi secara terperinci tentang kehidupan peribadinya.

“Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah, saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua bagi mengelakkan fitnah.

“Niat saya betul-betul kerana Allah. Tapi lain pula jadinya. Bagi tahu salah, tak bagitau pun salah.

“Sebagai seorang selebriti saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan. That's my privacy,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Nora mendedahkan sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi iaitu Dr Rushdi Ramli dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Perkahwinan itu sekaligus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang bertebaran sebelum ini.

Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal itu pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu baru berusia 20 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain