suria

Zed Zaidi anggap gimik marketing Tauke Jambu tak salah, ikut trend jual produk... ‘sound’ Zarina Anjoulie sebab selalu buat hal

Zed Zaidi selar Zarina Anjoulie dalam program bual bicara.

TEKNIK penggunaan gimik bagi mempromosikan produk seperti yang dilakukan pelawak Tauke Jambu dianggap sebagai satu trend terkini dan kreatif.

Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata, apa yang dilakukan pelawak itu dianggap memperbaharui zaman dan membantu melariskan produk miliknya dengan cara tersendiri.

“Memang trend macam tu skarang, tapi jangan samakan dengan video saya semalam, itu bukan gimik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Zarina Anjoulie terkejut dituduh kaki ugut buka aib - “Dia buat IG live ternampak lutut dan paha sikit pun, saya akan tutupkan aurat”

ARTIKEL BARKAITAN: Dah berbulan tiada pendapatan, Zed Zaidi gesa kerajaan benarkan penggambaran - “Perdana menteri tolong lepaskan kami bekerja”

“Itu dia (Tauke) punya marketing dan produk dia tu mungkin ada kena mengena dengan perkahwinan.

“Bagi saya perkara ini memperbaharui zaman, mungkin dengan cara ini lagi laku dan dapat tumpuan lagipun dia pelawak, lebih kreatif la,” ujarnya kepada mStar.

Zed diminta mengulas tentang isu marketing yang dilakukan segelintir selebriti bagi melariskan produk jualan mereka.

Pada 23 November lalu, tular video TikTok kononnya Tauke berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita dikenali sebagai Shu sehingga mengundang kecaman netizen.

Beberapa hari kemudian, pelawak itu memuat naik video iklan penuh dia dan wanita berkenaan melakonkan babak pernikahan bagi mempromosi produk kesihatan.

Saya bersifat profesional, kebetulan masa tu tengah tegang fasal kes dia masa PKP tu jadi aku tepek la dulu

ZED ZAIDI

PRESIDEN SENIMAN

Sementara itu, mengulas tentang video TikTok memperlihatkan dia menegur pelakon kontroversi Zarina Anjoulie dalam sebuah program, Zed berkata ia bukan satu gimik yang disengajakan.

Kata Zed, dia menggunakan peluang menjadi tetamu undangan dalam program YouTube yang dikendalikan Zarina dan Tauke Jambu itu dengan menegur sikap pelakon berkenaan yang sering menimbulkan kekecohan netizen.

"Sebenarnya semalam saya hanya dipanggil sebagai panel program bual bicara di saluran YouTube, saya tak tahu yang Anju (Zarina) adalah salah seorang host dalam program tersebut.

FotoJet-3-24

Zarina Anjoulie didakwa sering mencetuskan kontroversi dan perbalahan sesama artis.

"Dalam program tu kupas fasal isu komen nitizen yang negatif sampai orang lain boleh terpengaruh, isu PKP, isu persatuan dan isu yang kes Anju dan artis artis lain.

“Dia pula banyak kontoversi masa PKP, ada kes saman menyaman. Apabila ada kes macam tu orang akan buat aduan pada saya,” ujarnya.

Menerusi perkongsian Zed Zaidi di Instagram miliknya, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul membaling botol kepada Zed Zaidi disebabkan bengang dengan apa yang diperkatakan.

Selepas dipujuk oleh pihak produksi, aktres tersebut kembali reda dan meneruskan semula perbincangan dalam program tersebut secara profesional.

Bagaimanapun netizen berpendapat insiden kekecohan itu hanyalah gimik yang dirancang demi menagih perhatian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Zed Zaidi, Zarina Anjoulie, diselar

Artikel Lain