suria

Yasmin Hani bercerai, janji kekal hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak

Yasmin Hani dan Sha'arin akan kekalkan hubungan baik demi anak-anak.

SELEPAS 10 tahun hidup bersama, pelakon Yasmin Hani akhirnya bercerai dengan suaminya Sha'arin Mohamed Razali baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Sha'arin sendiri ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Terdahulu Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 42, berkongsi di Instagram yang dia dan Sha'arin sudah memulakan kehidupan secara berasingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasmin Hani Akhirnya Menjadi Milik Sha'arin

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang ramai kerumun, rupa-rupanya Nazril terbaring kesakitan” - Suami Sazzy kemalangan tak patahkan semangat Yasmin Hani berbasikal

"Sha'arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama.

"Kami berdua bersetuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi," tulisnya di ruangan kapsyen.

Ujar Yasmin, dia meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada mereka demi menjaga kesejahteraan keluarga dan anak-anak.

"Kami harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami.

Kami bersetuju akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

YASMIN HANI

PELAKON

"Kami ingin mengucapkan terima kasih terlebih dahulu atas ingatan yang baik dan doa anda," katanya.

Tambah Yasmi, dia dan Sha'arin akan meletakkan kepentingan anak-anak sebagai keutamaan walaupun sudah berpisah.

YASMIN2

Yasmin Hani dan Sha'arin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah dan Eissa.

"Walaupun kami memilih untuk berpisah secara sedar, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang penyayang dan dalam beberapa cara kami kini lebih rapat berbanding sebelum ini.

"Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa, kami adalah ibu bapa dan kami mohon ruang dan privasi kami dihormati. Mari kekalkan suasana positivity. Alhamdulillah we are fine and moving forward.

Yasmin Hani dan Sha'arin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain