“Saya mohon maaf Umie...” - Erra Fazira mengaku buat salah kali ketiga - Sensasi | mStar

“Saya mohon maaf Umie...” - Erra Fazira mengaku buat salah kali ketiga

Erra Fazira mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Foto: UTUSAN

SUSULAN pendedahan pelakon filem Dukun iaitu Datin Seri Umie Aida berkaitan dikhianati sahabat baik sendiri, akhirnya Erra Fazira tampil mengakui telah melakukan kesilapan dan melukai sahabatnya itu buat kali ketiga.

Erra, 45, memohon maaf atas kesilapan tersebut dan memberitahu Umie pernah menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.

"Datin Seri Umie Aida pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai handbag, kereta mewah tapi hasil duit haram!” - Erma Fatima 'mencelah' kisah Umie Aida dikhianati sahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: “Kepercayaan musnah, aku dah penat jadi bodoh” - Umie Aida! Erra pula minta netizen henti berbalah

"Umie Aida memendamkan perasaan ini dan juga pernah teks (mesej) saya dengan baik, Umie jika tiada bukti dia tak akan bersuara," katanya.

Luahan Erra terhadap isu membabitkan dirinya dan Umie Aida.


Erra membuat pengakuan tersebut menerusi Instagram pada Jumaat.

Pada Rabu, Umie Aida meluahkan rasa tidak puas hati dikhianati seorang sahabat baik menerusi media sosial sehingga menarik perhatian netizen.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.

Umie Aida pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga

ERRA FAZIRA

PENYANYI DAN PELAKON

Biarpun Umie tidak menyebut nama namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra Fazira yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini.

Sementara itu, penyanyi lagu Pasrah ini turut berjanji untuk memperbaiki diri dan berharap perbalahan antara mereka dapat dihentikan.

Umie dan Erra bersahabat baik.


"Kepada semua saya mohon maaf diatas segala yang terjadi... saya manusia biasa yang ada salah dan pernah menyakiti hati teman saya Umie Aida.

"Saya harap dengan pengakuan ini hentikan perbalahan semua ya. Saya belajar kesilapan saya dan baiki kekurangan saya.

"Ternyata saya banyak kekurangan dan saya harus terus baiki diri. Saya mohon maaf sekali lagi kepada semua juga Umie Aida," ujarnya.

Erra Fazira , Umie Aida

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

Model buta sebelah kerana tatu mata

6 polis cedera helikopter terhempas