“Kepercayaan musnah, aku dah penat jadi bodoh” - Umie Aida! Erra pula minta netizen henti berbalah

Netizen membuat andaian status luahan Umie Aida mengenai dikhianati sahabat itu didakwa ditujukan kepada Erra.

LUAHAN pelakon Datin Seri Umie Aida mengenai dirinya dikhianati seorang sahabat baik menerusi laman Instagramnya pada Selasa menjadi perhatian netizen.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.

Menurut Umie, dia pernah memaafkan individu tersebut atas kesilapan yang sama dan menerima semula sebagai sahabatnya.

"Aku bukan nak aibkan sesiapa... Tapi aku juga ada hak luahkan rasa sakit, kecewa bila orang yang dipanggil sahabat buat begitu.

Umie memadam luahan tersebut selepas beberapa jam dimuat naik.

"Dan ini bukan kali pertama dia buat kat aku. Aku pernah maafkan dia dan terima dia semula sebagai sahabatku," kata Umie.

Pelakon filem Dukun itu memberitahu perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya namun telah memadam selepas beberapa jam di muat naik.

Sebelum ini, Umie ada memuat naik luahan tersebut tanpa meyebut nama individu yang dikatakan telah melukai hatinya apabila memilih kemewahan berbanding persahabatan di laman sosialnya.

"Aku bukan nak aibkan sesiapa... Tapi aku juga ada hak luahkan rasa sakit, kecewa bila orang yang dipanggil sahabat buat begitu.

UMIE AIDA


Bagaimanapun, adik kepada pengarah Erma Fatima ini turut memadam luahan tersebut selepas beberapa jam.

Dalam pada itu, Umie memberitahu dia juga mempunyai bukti dan ada menghantar mesej dengan cara yang baik untuk mendengar penjelasan daripada individu tersebut.

Umum mengetahui hubungan rapat Umie dan Erra. Foto: Utusan.

Bagaimanapun, individu tersebut hanya memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Kepercayaan ku musnah sekali lagi. Segala bukti jelas ku ada. Dan aku mesej dia dengan baik dan merayu untuk dengar penjelasan dia.

"Walaupun ku ada bukti kukuh. Jawapan dia, maaf kerana kesilapan itu. Habis maaf sebelum ini apa? Tak ada makna ke? Aku penat jadi bodoh.

"Jadi pemaaf tapi orang ambil kesempatan atas kelemahan aku. Aku penat! Dan aku tak mahu cakap benda ni lagi. Aku nak move on!" ujarnya.

Biarpun Umie tidak menyebut nama namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada penyanyi Erra Fazira yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini.

Erra meminta semua netizen positif supaya lebih damai.

Malah ada juga netizen yang 'menyerang' ruang komen foto Erra dan pengarah Michale Ang untuk bertanyakan mengenai perkara itu.

Menerusi ruang komen tersebut, Erra memohon maaf terpaksa memadam komen-komen yang boleh mengundang perbalahan dan memanjangkan isu.

"Salam semua. Maaf ya, saya padam mana yang boleh mengundang cerita panjang atau balah-balah. Kita positif saja ya. Moga lebih damai," kata Erra.

Menerusi pemerhatian mStar, Umie dan Erra juga tidak mengikuti satu sama lain di laman Instagram.

Umie Aida, Erra Fazira

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain