suria

“Cukuplah buat saya macam pengemis” - Janda Chef Fikree dakwa dihalau keluar rumah selepas tiga hari diceraikan

Zuriehan mendakwa bekas suami telah menghalau dia dan anak mereka dari rumah sewa pada Ahad.

KETIKA umat Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri, isu hubungan rumah tangga cef selebriti, Chef Fikree Aznan masih belum berakhir sejak minggu lalu.

Menerusi Instagram, Zuriehan Ben Yahya sekali lagi mendakwa bekas suaminya itu telah menghalau dia dan anak mereka, Jayden dari rumah sewa di Keramat selepas tiga hari diceraikan.

"Malam tu dekat rumah Ara Damansara awak tak bagi saya masuk, cakap awak yang bayar sewa. Saya nak ambil kunci awak rebut sampai lebam tangan saya dan semalam (Ahad) juga dekat rumah Keramat awak ulang benda sama.

"Saya dalam tempoh edah, saya dengan anak boleh tinggal lagi di situ dalam masa tiga bulan. Baru ceraikan saya tiga hari dah nak halau saya. Bagilah saya cari rumah dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Fikree masih sayang keluarga... “Tuduhan dilemparkan kepada saya tidak benar”


Antara pendedahan Zuriehan di laman Instagramnya.

"Dendam dengan saya pun tak payah nak memprovokasi saya. Saya ni perempuan, awak tu lelaki. Sampai sudah nak buli saya. Berhenti, tolong berhenti... Saya dengan Jayden akan keluar. Cukuplah buat saya macam pengemis," katanya.

Sebelum ini, Zuriehan mendedahkan bekas suaminya itu berlaku curang terhadapnya dengan seorang wanita berstatus isteri orang dan pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara televisyen.

Zuriehan juga ada memuat naik status memberitahu Fikree telah melepaskannya secara baik namun status tersebut telah dipadam beberapa jam selepas itu.

Dalam pada itu, Zuriehan memberitahu dia sudah beberapa kali memujuk Fikree untuk menyelamatkan rumah tangga mereka namun gagal.

Fikree sebelum ini meminta semua pihak memberi ruang kepada dia untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah hubungan rumah tangganya demi keluarga tercinta.

Artikel Lain