“Dia fikir isteri saya mengandung anak orang lain ke?” - Abam Bocey hilang sabar disuruh buat ujian DNA anak

Abam berasa kurang senang dengan komen seorang netizen. Foto Instagram @abam_bocik

PELAWAK Abam Bocey bengang dengan tindakan seorang netizen yang meninggalkan komen di media sosial meminta dia melakukan ujian DNA ke atas anaknya yang baru dilahirkan pada Jumaat.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, berkata komen yang ditulis lelaki itu keterlaluan dan menyinggung perasaannya sebagai seorang bapa.

"Saya tak kisah kalau orang nak komen benda lain tapi bila sebut sampai perlu buat ujian DNA, itu dah melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah jadi ayah!” - Isteri Abam selamat lahir bayi lelaki

"Benda-benda macam ini bukan boleh buat main, apa dia fikir isteri saya mengandung anak orang lain ke?

Abam bengang dengan komen seorang netizen.

"Komen itu terlalu kurang ajar... kalau nak bergurau bukan itu caranya, nak kata saya punya kecil ke kura-kura ke saya tak ambil pusing, tapi bukan komen sensitif begitu," katanya kepada mStar.

Menerusi Facebook, Abam berkongsi paparan skrin komen yang ditinggalkan seorang netizen di sebuah portal hiburan.

Lelaki itu meminta Abam melakukan ujian DNA terhadap anak lelakinya yang baru dilahirkan.

Sementara itu, Abam berkata dia sedang menyiasat mengenai lelaki berkenaan dan ingin bersemuka bagi mendapatkan penjelasan berhubung komen tersebut.

Isteri Abam selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

"Saya nak berjumpa dengan lelaki itu dan tanya kenapa dia tinggalkan komen macam itu.

"Melalui akaun dia kita boleh kesan siapa pemiliknya cuma buat masa ini belum terfikir tindakan undang-undang," katanya.

Pada Jumaat, Abam Bocey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram di Hospital Selayang, Selangor.

Mereka berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Abam

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain