suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya dah jadi ayah!” - Isteri Abam selamat lahir bayi lelaki

Abam kini bergelar seorang bapa apabila isterinya selamat melahirkan anak pertama mereka pada Jumaat.

PELAWAK Abam Bocey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki mereka di Hospital Selayang pada Jumaat.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, meluahkan rasa syukur isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Abam macam nak lari menjerit isteri dah 3 bulan hamil

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak lelaki... Allahuakbar Allahuakbar! Terima kasih kepada yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya.

Abam berkongsi berita gembira di Instagram.

"Terima kasih jururawat dan doktor Hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah subnaAllah masyaAllah. Saya dah jadi ayah!” kata Abam.

Abam berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya pada Jumaat dan rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata pertamanya.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Abam Bocik

Artikel Lain