suria

“Seandainya aku mati dulu, ampunkanlah segala dosa aku” - Joey BPR derita patah 4 tulang rusuk kemalangan motosikal

Joey kemalangan sehingga patah tulang rusuk. -Foto Facebook Joey BPR

VOKALIS kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Joey mengalami patah empat tulang rusuk akibat kemalangan motosikal di Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR 2), pada petang Khamis.

Menurut Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 55, kecederaan yang dialaminya sama seperti apa yang berlaku kepada Allahyarham Saleem.

"Aku baru accident, depan Shell MRR2. Motor patah depan, X-Ray tunjuk empat batang tulang rusuk aku patah.

"Sama macam arwah Saleem. Sakit ya amat, bila batuk, bersin, menguap atau ketawa, kini dalam kesakitan. Seandainya aku mati dulu, ampunkanlah segala dosa aku.

"Seksanya aku. Hanya tuhan yang tahu, bukankah lebih mudah kalau kau cabut saja nyawa aku ni," katanya.

Joey menahan kesakitan.

Joey berkongsi penderitaannya itu di laman Facebook pada Jumaat.

Pada 12 September tahun lalu, penyanyi kumpulan Iklim iaitu Saleem cedera parah dalam satu kemalangan menyebabkan 12 tulang rusuk patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru.

Dalam pada itu, Joey meminta orang ramai memberikan sedikit ruang untuknya berehat dan enggan menerima kehadiran tetamu.

"Ramai nak datang melawat. Tapi aku dalam keadaan tak selesa. Bagilah aku sedikit ruang. Tidur pun tak cukup ni menahan sakit," katanya.

Joey BPR

Artikel Lain