“Ya Allah satukanlah jodoh kami” - Aliff Aziz mahu rujuk Bella semula

Aliff Aziz bersama Bella dan anak mereka.

SELEPAS berkongsi rasa rindu terhadap anak tersayang, penyanyi Aliff Aziz membayangkan pula hasrat untuk rujuk semula dengan bekas isteri, Bella Astillah.

Aliff, 28, dalam satu perkongsian menerusi status di laman Twitter miliknya pada pagi Selasa mengharapkan Allah menyambung semula jodoh mungkin bersama Bella Astillah selepas hampir dua minggu bercerai.

“Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya,” kata Aliff.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya…” - Aliff menangis, Bella nampak kuat!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis seksi mengaku jumpa Aliff Aziz dalam 'private party'

Perkongsian itu juga turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang mengaminkan doa berkenaan.


Namun, ada juga yang menyindir ‘jodoh’ yang dimaksudkan itu bersama wanita manakah pula kerana dia sering dikaitkan dengan beberapa episod curang dalam rumah tanggangnya.

Aliff dan Bella, 25, bercerai dengan talak satu pada 16 Mei lalu.

Pada waktu ini Bella perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan.

Dalam tempoh beredah ini, mana-mana pasangan bercerai boleh rujuk semula sama ada secara lafaz lisan atau perbuatan iaitu melakukan hubungan suami-isteri.

Bella yang ditemui wartawan di luar makamah Syariah Kuala Lumpur selepas perceraiannya tidak menafikan masih ada perasaan sayang terhadap Aliff namun minta diberi ruang buat sementara waktu.

Aliff sering dikaitkan dengan isu curang selepas beberapa kali kantoi keluar bersama wanita berbeza.

Pada Jumaat lalu, Aliff berkongsi rasa rindu terhadap anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun dengan berkongsi gambar dia mencium permata hatinya itu.

Aliff Aziz, Bella Astillah

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain