“Saya mungkin agak nakal tapi tiada niat persenda agama” - Sharifah Sakinah - Sensasi | mStar

“Saya mungkin agak nakal tapi tiada niat persenda agama” - Sharifah Sakinah

Tindakan Sakinah mengenakan lampin di kepala dianggap tidak sesuai dengan akhlak orang Islam.

PELAKON Sharifah Sakinah menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan agama mahupun cara bertudung sebaliknya ia hanya sindiran kepada akaun Instagram yang menjual produk di laman sosial.

Menurut Sakinah, 29, dia bagaimanapun tidak menyangka postingnya itu mendapat perhatian ramai termasuk pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Amin tegur lampin dijadikan tudung, Sharifah Sakinah minta PM tepi!

"Pertama sekali, saya memahami kebimbangan dan saya hargai ustaz sudi menghantar mesej peribadi daripada menegur saya secara umum.

"Apabila saya membuat posting berkenaan tiada sekelumit pun niat saya untuk mempersendakan agama atau cara bertudung.

"Ya, mungkin saya agak nakal namun kapsyen seperti itu dibuat hanya untuk menyindir posting beberapa produk lain yang memiliki kapsyen lebih kurang sama," katanya.

Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka ini memuat naik paparan skrin perbualan diantara dia dan PU Amin yang membuat teguran secara peribadi melalui DM (direct message) di laman Instagram miliknya.

Melalui perbualan itu, Sakinah dilihat menyambut baik teguran PU Amin malah turut menyatakan untuk berfikir dua kali sebelum memuat naik sebarang posting.

Sakinah berkongsi perbualan diantara dirinya bersama PU Amin.

"Terima kasih atas perhatian dan saya akan mempertimbangan untuk membuat posting seperti ini lain kali. Saya mohon maaf," ujarnya.

Terdahulu, posting Sakinah di Instagram dengan penampilan mengenakan lampin di kepala mencetuskan kontroversi apabila ianya disalah erti hingga dianggap bertentangan dengan akhlak seorang muslim  dan mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Ia kemudiannya menjadi ikutan pengikut yang mengambil kesempatan menjadikan ia sebagai parodi.

Tindakannya itu mendapat perhatian pendakwah bebas PU Amin yang menegur tindakan ibu yang menggunakan lampin pakai buang menggantikan tudung di kepala anak-anak.

Dalam pada itu, usaha mStar Online mendapatkan aktres itu gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Sharifah Sakinah , PU Amin

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain