suria

Izham Tarmizi kena 'serang', gara-gara Mia Ahmad tak sanggup bermadu

Gara-gara kenyataan Mia enggan bermadu, suaminya Izham pula diserang netizen. Foto Instagram @izhamtarmizi24

GARA-GARA kenyataan pelakon Mia Ahmad yang tidak rela hidup bermadu, suaminya iaitu Mohd Izham Tarmizi pula menerima kecaman netizen di laman sosial.

Menerusi Instagram, penjaga gol pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu diserang netizen yang tidak berpuas hati dan meminta Izham tidak terus menyakiti hati isterinya itu.

Netizen mula meninggalkan komen di foto terbaharu Izham yang memperlihatkan dia sedang menjalani latihan bola sepak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua sudah berlalu, namun saya ambil masa sembuhkan luka”- Mia Ahmad tak mampu tahan sebak


Izham menerima kecaman netizen di Instagram.

Rata-rata komen pengikut berkisarkan tentang kenyataan hidup bermadu yang dikeluarkan pelakon drama Nur 2 itu.

Namun, ada juga peminat yang meminta netizen tidak terus mengungkit kisah lama berikutan hubungan pasangan ini sudah kembali pulih.

"Bro Izham, janganlah sakitkan hati Mia, kau tak tahu betapa sakitnya dia lahirkan zuriat kau, kalau ada masalah bincang baik-baik," 

"Hal itu sudah berlalu, mereka sekarang dah OK, rasanya tak perlu komen yang bukan-bukan, setiap pasangan ada ujian hidup, cuma berbeza-beza dan doa yang baik-baik," ujar netizen.

Berikutan 'serangan' tersebut, Izham telah menutup fungsi komen pada setiap gambar.

Mia tak sanggup bermadu.

Menerusi laporan portal mStar Online pada Selasa, Mia menegaskan dia tidak sanggup jika ditakdirkan terpaksa hidup bermadu.

Penegasannya itu dibuat susulan cakap-cakap mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapinya sekitar hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, Mia memberitahu rumah tangganya kini berada dalam fasa pemulihan.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata Saif Issa yang berusia lima bulan.

Mia atau nama sebenar Samihah Ahmad Baderi, 31 berkahwin dengan Izham pada 13 Januari 2017.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Saif Issa yang dilahirkan pada 28 September tahun lalu.

Artikel Lain