suria

Mesej tidak dilayan, Janna Nick hanya mampu minta ampun pada Allah jika Sheila enggan terima maaf

Janna Nick tidak pasti apakah kesalahan telah dilakukan terhadap Sheila Rusly sekeluarga.

PELAKON dan pengacara Janna Nick memohon maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly serta ahli keluarga jika benar dia pernah membuat sebarang kesalahan sehingga menggores perasaan penerbit dan pengarah itu.

Janna berkata, walaupun tidak mengetahui punca perselisihan faham di antara mereka namun sebagai seorang anak didik yang menganggap pengarah itu seperti ahli keluarganya, dia berharap Sheila dapat memaafkannya sekali gus menjernihkan kembali hubungan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu disindir Sheila Rusly... Janna Nick rasa lebih baik diam atas dasar hormat

“Jujur saya katakan saya sendiri tidak pasti apa sebenarnya perkara yang mungkin menyebabkan pihak di sana berkecil hati dengan saya dan atas sebab itu saya tidak mahu mengulas mengenainya.

Hubungan akrab Janna dan Sheila sebelum ini seperti ibu dan anak.

“Walaubagaimanapun sebagai seorang anak didik yang banyak terhutang budi dengan Sheila sekeluarga saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka.

“Namun sekiranya permohonan maaf saya ini tidak diterima apa yang boleh saya lakukan hanyalah memohon ampun kepada Allah,” katanya.

Janna ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar edisi terbaharu Vivo V15Pro yang diadakan pada Selasa.

Sebab itu saya menghantar mesej serta memohon maaf namun tiada respons diberikan.

JANNA NICK

PELAKON

Turut hadir pada acara itu ialah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta produk itu bersama Janna.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan Sheila memuat naik status seolah-olah memerlinya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut.

Bagaimanapun isu melibatkan mereka berdua terus diperkatakan apabila Sheila dilihat berhenti mengikuti Instagram Janna.

Janna dan Siti memperkenalkan produk terbaharu Vivo iaitu V15Pro.

Dalam pada itu, Janna memberitahu dia pernah menghantar mesej bagi memohon maaf kepada Sheila namun tiada sebarang respons diberikan.

Malah dia pernah bertanya sendiri kepada pengarah drama Leftenan Zana itu sekiranya benar dia ada melakukan kesalahan namun tiada jawapan diberikan.

“Saya tidak mahu serkap jarang dengan membuat andaian sendiri kerana mungkin ia tidak sama dengan apa mereka fikirkan.

“Sebab itu saya menghantar mesej serta memohon maaf namun tiada respons diberikan.


“Saya sendiri pun tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut kerana yakin masalah keluarga boleh diselesaikan tanpa melibatkan media atau orang luar,” jelasnya.

Sementara itu, Janna berkata, dia sentiasa terbuka untuk bertemu dengan Sheila dan keluarganya bagi menyelesaikan salah faham di antara mereka sekiranya mempunyai ruang dan peluang.

Janna merupakan salah seorang pelakon di samping Sheila dalam drama bersiri Leftenan Zana siaran TV3 terbitan JS Pistures, syarikat milik produser itu.

Janna Nick, Sheila Rusly

Artikel Lain