Azmeer peluk Sufian Suhaimi, bertentang mata selesaikan isu ‘suara kemek’

Isu 'suara kemek' yang menjadi kontroversi antara Azmeer dan Sufian Suhaimi akhirnya selesai apabila kedua-dua mereka bertemu.

KEMELUT kononnya ketua juri Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) iaitu Azmeer menuduh suara Sufian Suhaimi ‘kemek’ akhirnya selesai apabila kedua-dua mereka bertentang mata dan berpelukan bagi menjernihkan keadaan.

Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, menjelaskan suara kemek yang dikatakannya merujuk kepada karyawan baharu dan ia langsung tidak ditujukan kepada mana-mana penyanyi yang menjadi finalis AJL33.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kritik, sebut apatah lagi label suara Sufian Suhaimi kemek” - Azmeer

“Saya langsung tidak memaksudkan Sufian Suhaimi dalam isu dalam suara kemek berkenaan, namun ia telah disalah anggap oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sufian Suhaimi ketika membuat persembahan di AJL33 lalu.

“Sebagai ketua juri, saya tidak kisah dilabel sebagai juri buta mahupun cacat namun saya kasihankan nasib Sufian yang mungkin menanggung persepsi ‘suara kemek’ sepanjang kariernya,” kata Azmeer kepada mStar Online yang tidak berpuas terhadap laporan mengenai isu itu.

Komposer terkenal itu ditemui semasa pertemuan dia dan Sufian di Universiti Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur, pada Isnin.

Pertemuan itu diadakan di universiti bekenaan kerana Azmeer merupakan tenaga pengajar di pusat pengajian tersebut.

Di akhir pertemuan itu, Azmeer turut meminta untuk memeluk penyanyi lagu Di Matamu itu sebagai tanda tiada lagi isu berbangkit di antara mereka berdua.

Dalam pada itu, Sufian, 27, berkata dia tidak tergores dengan isu suara kemek terbabit kerana pernah terpalit dengan hal yang lebih berat sebelum ini.

“Bagi saya perkara ini sudah dingin, sejujurnya saya langsung tidak ambil hati dengan isu ‘suara kemek’ yang dimainkan pihak diluar sana.

“Malah saya sudah terbiasa dengan kritikan yang menyatakan suara saya seakan-akan chipmunk dan juga suara helium.

“Langsung tiada hasrat nak kekeruhan antara saya dengan Azmeer dan saya harap sidang media ini akan menjernihkan keadaan yang telah disalah anggap sesetengah pihak,” tambah Sufian.

Pada AJL33 yang berlangsung pada 3 Februari lalu, Sufian diumumkan sebagai pemenang trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu ‘Di Matamu’.

Kemenangan itu melayakkan Sufian membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi dan hadiah iringan lain.

Azmeer, Sufian Suhaimi

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain