AR Badul kesal dikatakan sudah meninggal dunia, kini sedang berehat di rumah

AR Badul kini berehat di kampungnya.

PENULARAN berita mengatakan pelawak dan pelakon veteran terkenal AR Badul meninggal dunia pada pagi Sabtu adalah palsu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Badul ketika dihubungi mStar Online selain memberitahu dirinya dalam keadaan sihat.

"Biasalah apabila kita artis orang ingat mereka boleh kata apa sahaja yang mereka suka tanpa mengetahui cerita sebenar dan sanggup menyebarkan berita palsu.

"Alhamdulillah saya semakin sihat... Saya ada je di rumah dan telah dibenarkan keluar hospital," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak AR Badul alami serangan jantung, kini di IJN


Status yang mengatakan AR Badul sudah meninggal dunia.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Mohamad Zidi’ menerusi status yang dimuat baik memberitahu pelawak itu telah meninggal dunia.

Berita itu kemudiannya menjadi tular dalam blog dan Facebook yang lain selain ia turut dikongsi menerusi Whatsapp.

Dalam pada itu, Badul memberitahu akibat penularan berita palsu itu dia tidak putus-putus menerima kunjungan rakan dan saudara mara ke rumahnha yang terkejut dengan cerita palsu itu.

Malah dia dan isteri turut mendapat banyak panggilan telefon yang ingin mendapatkan kepastian sama ada benar dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Badul berkata dia tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebar fitnah tersebut kerana yakin dia akan menerima balasan atas perbuatannya.

Keadaan AR Badul ketika berada di hospital baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Badul, dia tetap berasa kesal dengan fitnah tersebut kerana perkara berhubung kematian bukan isu yang boleh dijadikan bahan jenaka.

"Kesal itu tetap ada tetapi tidak mengapalah dia akan menerima balasan atas perbuatannya sendiri suatu hari nanti," ujarnya.

Bercakap mengenai keadaan kesihatannya, Badul memberitahu keadaannya semakin pulih namun akan kembali dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 4 Mac depan untuk rawatan susulan.

Pada Ahad lalu, Badul, 70, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN selepas mengadu sakit dada.

Pelakon itu mengalami masalah salur darah jantung tersumbat.

AR Badul

Artikel Sebelum

Emma, Syed Abdullah masih bersama?

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain