DEMI menjaga imej yang sudah lama tercalar, pelakon Ruhainies akhirnya nekad untuk tampil mempertahankan diri selepas menjadi sasaran kecaman dan tohmahan netizen susulan kontroversi membabitkan dirinya dengan penyanyi Aliff Aziz.Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, menegaskan dia enggan lagi mengambil pendekatan berdiam diri, sebaliknya menuntut agar individu yang dikaitkan dengannya iaitu Sarah Yasmine tampil mendedahkan kebenaran. "Awak memang menyakitkan hati saya. Demi menjaga reputasi saya yang sudah lama tercalar, saya rasa kali ini saya tak akan berdiam diri sehingga kamu semua bercakap benar," katanya dalam satu hantaran balas di aplikasi Threads pada Sabtu.Ruhainies enggan lagi berdiam diri. Jelas Ruhainies, tindakannya yang dilihat lebih agresif kali ini berpunca daripada sikap pengikut atau 'troopers' yang didakwa sengaja mencetuskan provokasi melampau terhadapnya.Dia sebelum ini memilih untuk tidak mempedulikan sebarang spekulasi kerana sedang berbahagia dengan kehidupannya, namun situasi tersebut kini sudah melepasi tahap. "Saya selama ini diam sebab saya bahagia dengan hidup saya, tapi ‘troopers’ kamu asyik memprovokasi saya. Mereka sengaja cuba buat saya bongkarkan perkara yang sudah lama saya simpan," tegasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies raih pendapatan hingga RM100,000 sebulanARTIKEL BERKAITAN: Muncul pula nama ‘Bella’, Ruhainies pelik tuduhan hidup mewah kerana ditajaDalam hantaran sama, Ruhainies turut memberi gambaran yang dia bakal mengambil tindakan terhadap tiga individu sekiranya mereka masih enggan berterus-terang mengenai perkara sebenar.Meskipun tidak mendedahkan identiti secara terperinci, hantaran berkenaan dipercayai ditujukan khusus kepada Sarah Yasmine serta pihak-pihak yang terlibat dalam kemelut berkenaan."Tindakan perlu diambil terhadap kamu bertiga. Atau adakah kamu akan bercakap benar?" soalnya.Kemelut ini berlaku selepas Ruhainies ditangkap khalwat dengan bekas suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz. Ruhainies memuat naik hantaran tersebut sebagai maklum balas kepada kenyataan Sarah Yasmine sebelum ini yang meminta Bella Astillah serta adiknya, Didi Astillah untuk berkongsi perkara sebenar kepada umum.Sarah menerusi hantarannya meluahkan rasa terkilan dan mendakwa segala janji yang pernah ditaburkan oleh pihak-pihak terlibat tidak ditunaikan. Kemelut antara mereka mula tercetus selepas insiden tangkap khalwat melibatkan Ruhainies dan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada Mac 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!