KEMESRAAN penyanyi remaja, Hadie dan Audra menjadi perhatian apabila banyak pihak mula 'kenen-kenenkan' mereka.
Namun, ibu Hadie iaitu Ina atau Nordiana Mohd Naim, 41, tampil menjelaskan bahawa hubungan anaknya dengan Audra, 16, tidak lebih daripada sekadar rakan.
Menurutnya Hadir bukan sahaja rapat dengan Audra, malah dengan kesemua peserta Talk To My Manager.

Hadie, Ammar dan Audra dilihat sering bersama.
"Mereka hanya kawan dan rapat seperti adik-beradik. Jadi saya faham dengan situasi itu, lebih-lebih lagi Hadie, Audra dan Ammar suka buat konten bersama.
"Kalau diikutkan pesera lain pun ada nak turut serta (buat konten) tapi terhalang dengan jadual kerja," katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Ina, dia sentiasa meletakkan kepercayaan kepada anaknya malah sering memberi pesanan agar Hadie bijak menjaga diri dan mengelak fitnah.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa ‘tak rileks’ terima teguran, Ina Naim akui kesilapan… Minta jangan kaitkan dengan kisah silam
ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu mulut senget, Ina Naim anggap anugerah Allah
Kata Ina, setiap kali keluar bersama mereka juga akan ditemani orang dewasa iaitu pengurus kepada Audra serta beberapa kenalan lain.
Tambahnya, dia juga tiada masalah dengan komen netizen yang mengusik dua remaja itu.
"Bila mereka keluar pun bukan berdua atau bertiga. Mereka akan keluar beramai-ramai. Insya-Allah saya percaya Hadie dan Ammar boleh kawal diri.
"Kalau mereka gembira saya pun gembira, cuma saya selalu pesan jaga batas dan jangan keluar berdua nanti jadi fitnah, keluar ramai-ramai dan tempat terbuka.
Jodoh pertemuan itu Allah tentukan.
INA NAIM
PENYANYI
"Saya percaya Hadie dia tak akan pergi ke tempat pelik atau mengajak melakukan perkara pelik," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ina juga tidak menghalang sekiranya suatu hari nanti Hadie dan Audra ditakdirkan bersama.
Jelasnya, dia berharap agar Hadie mampu membimbing ke arah kebaikan sama seperti bapanya dahulu yang menerima dirinya.
"Kalau ikutkan arwah suami saya dulu pun nak wanita yang bertudung labuh tapi dia boleh tarik saya menjadi lebih baik dan wanita solehah.

Kemesraan Hadie dan Audra jadi perhatian.
"Jodoh pertemuan itu Allah tentukan, andainya berlaku dikemudian hari antara mereka mudah-mudahkan Hadie boleh bimbing macam mana bapanya membimbing saya," jelasnya.
Sebelum ini, hangat di media sosial mengenai kemesraan anak pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah iaitu Audra Zulkifli dan Hadie yang sering membuat siaran langsung bersama.
Mereka juga didakwa lebih banyak meluangkan masa bersama berbanding dengan peserta lain.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


