KEMBALI mengadakan persembahan di Malaysia, penyanyi Rizky Febian meluahkan rasa teruja untuk bertemu peminat di sini.Bagi Rizky, setiap kali tampil beraksi di atas pentas merupakan satu peluang untuk dia berkongsi kenangan indah bersama peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seni. "Saya amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur, dan bertemu dengan peminat di Malaysia.Barisan penyanyi popular Indonesia yang akan membuat persembahan sewaktu konsert Malam 3 Rasa."Ini adalah sebuah peluang berharga untuk berkongsi muzik saya secara lebih dekat dan mencipta kenangan indah bersama anda semua," katanya.Rizky bakal mengadakan persembahan sempena konsert Malam 3 Suara di Idea Live Arena Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.Istimewa dalam konsert kali ini, dia akan berkongsi pentas bersama dua lagi penyanyi asal Indonesia iaitu Fabio Asher dan Anggi Marito.Selaku pihak penganjur, Strategy X Entertainment Sdn Bhd memberitahu acara tersebut bakal membawakan suatu pengalaman persembahan yang lebih intim dan membuai perasaan kepada para penonton.ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian sokong Mahalini berehat, bukan sebab kongkong isteriARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian rungsing fikir fasal duit, tiada ‘job’ sejak Mahalini hamil"Sesuai dengan namanya, konsert ini merupakan sebuah malam istimewa yang menyatukan tiga penyanyi dengan identiti sendiri. Setiap daripada mereka membawa keunikan suara, karakter muzik serta emosi yang berbeza."Anggi Marito dengan kelembutan dan ketulusan vokalnya, Fabio Asher dengan balada penuh emosi yang menyentuh jiwa dan Rizky Febian dengan pesona serta gaya persembahan yang penuh warna. Apabila tiga elemen ini digabungkan, lahirlah sebuah harmoni yang indah dan saling melengkapi."Malam 3 Suara bukan sekadar konsert, tetapi sebuah naratif yang dirangkai melalui muzik. Ia membawa penonton menyelami kisah-kisah cinta, kerinduan, harapan dan kebersamaan seolah-olah menemani perjalanan perasaan setiap insan," kata wakilnya.Fabio dan Anggi cukup terkenal dalam kalangan milenial dan Gen Z.Menurutnya, konsert ini bukanlah semata-mata menjadi hiburan kepada para penonton, malah memberikan sentuhan emosi dan meninggalkan memori yang sukar dilupakan.Sepanjang dua jam, penonton bakal disajikan dengan lebih daripada 20 buah lagu dengan setiap penyanyi membawakan karya-karya hits masing-masing menerusi segmen persembahan solo.Malah, penonton turut berpeluang menyaksikan secara eksklusif segmen duet serta persembahan kolaborasi khas pada malam berkenaan.Maklumat lanjut berkenaan tiket boleh dirujuk pada pautan www.ticket2u.com.my/malam3suara bermula 12 September.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube