suria

Aaron Aziz kongsi tip rumah tangga kekal bahagia selama 22 tahun, netizen pula sibuk ‘cucuk jarum’ nak jadi menantu

Aaron sudah bergelar suami lebih dua dekad.

PERCAYA dengan setiap perancangan Allah SWT, pelakon Datuk Aaron Aziz bersyukur mahligai perkahwinan yang dibina bersama isterinya, Datin Diyana Halik sudah bertahan lebih dua dekad.

Berkongsi pengalaman menjadi suami dan bapa, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, memberitahu tips untuk sesebuah rumah tangga kekal bahagia adalah bermula dari rumah.

Selain komunikasi dan kesabaran, Aaron berkata, perkara utama yang perlu dilakukan untuk setiap pasangan suami isteri adalah menunaikan solat secara berjemaah bagi mencari keberkatan serta reda daripada Tuhan.

Aaron pentingkan solat berjemaah di rumah.

"Allah adalah sebaik-baik perancang. Tips untuk pasangan muda atau yang baru mendirikan rumah tangga, saya cuma kongsi pengalaman.

"Carilah pasangan yang anda rasa tidak boleh hidup tanpa dia. Kedua komunikasi penting dalam perhubungan suami isteri.

"Jika ada perbalahan atau masalah jangan keluar rumah. Mungkin ke bilik atau dapur dan minum segelas air untuk tenangkan diri.

“Akhir sekali paling penting solat berjemaah dengan isteri atau suami kerana bila seorang suami mengimamkan isteri dan anak-anak ia amat penting untuk dapat keberkatan dan reda daripada Allah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz tegur DMA Islam, Sharnaaz Ahmad pula tunggu giliran bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan darah tinggi Aaron Aziz mencanak naik, ditipu agensi umrah RM90,000

Aaron berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di TikTok miliknya pada Ahad.

Biarpun berkongsi tips rumah tangga kekal bahagia, namun rata-rata netizen tidak memberikan perhatian kerana lebih tertarik kepada dua anak perempuan Aaron yang masih bujang dan mahu menjadi calon menantu.

"Salam abah (Aaron), maaf lambat sebab baru lepas ajar Tok Imam mengaji.

"Alhamdulillah saya dah khatam 30 juzuk, kat mana nak isi borang jadi menantu?

Aaron bahagia disamping isteri dan anak-anak.

"Ada tips nak jadi orang keenam dalam keluarga?," seloroh netizen.

Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diyana pada tahun 2003. 

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Danish Anaqi, 20, Dwi Ariana, 19, dan Dahlia Arissa, 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain