suria

Pengurusan SMDX tampil mohon maaf, padam komen buli dan memalukan

Kenyataan yang dikeluarkan Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

PIHAK pengurusan kumpulan SMDX iaitu XIOKK Entertainment tampil membuat permohonan maaf susulan tular video salah seorang anggotanya iaitu Elle yang mengundang kecaman ramai.

Menerusi satu kenyatan yang dikeluarkan, pengurusan bertegas untuk tidak menerima komen netizen yang dianggap sebagai membuli penyanyi berkenaan.

"Kami secara rasmi membuat permohonan maaf kepada semua atas kekhilafan. Kami mengaku banyak yang perlu kami pelajari.

smdx 2

Elle menerima banyak kecaman di media sosial.

"Namun syarikat kami tidak menerima apa-apa jenis kecaman yang berbaur pembulian dan memalukan artis kami. Kami mohon maaf kerana terpaksa membuang segala komen-komen yang mengandungi sentimen sebegitu," katanya.

Kenyataan tersebut dimuat naik di laman Instagram rasmi kumpulan SMDX yang dianggotai Elle, Devegray dan Crystal.

Dalam kenyataan sama, pihak pengurusan juga mengambil maklum berhubung isu penampilan kumpulan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Who's that?” - Ahli kumpulan SMDX mengaku tak kenal Dolla, netizen kecam baru keluar satu lagu dah sombong

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau dah international” - Dolla cetus fenomena selepas persembahan ‘Show It All’, Syasya diserbu peminat di China

"Kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan pilihan pemakaian. Kami mengambil semua kritikan dan akan perbaiki lagi di masa depan," jelasnya.

Elle sebelum ini menerima banyak kecaman selepas memberitahu dia tidak mengenali kumpulan Dolla ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Tidak cukup dengan itu, Elle juga mendapat kritikan kerana tidak memperdulikan kritikan tentang cara pemakaian serta lagu naynyian mereka.

smdx 1

Kemunculan kumpulan SMDX mencuri tumpuan ramai.

Berhubung isu lagu Original Sabah yang merupakan nyanyian asal Hezron (Atmosfera), pihak pengurus memaklumkan mereka sudah mendapat persetujuan dengan komposer asal untuk rakaman semula.

"Kami ingin mengesahkan bahawa segala kebenaran dari segi penerbitan dan pembikinan semula lagu Original Sabah telah mencapai perjanjian bersama Rusa Marketing selaku syarikat penerbit untuk Hezron (komposer)," jelasnya.

Lagu Original Sabah nyanyian semula SMDX mula dilancarkan pada 15 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain