suria

“Who's that?” - Ahli kumpulan SMDX mengaku tak kenal Dolla, netizen kecam baru keluar satu lagu dah sombong

Elle mengakui tidak mengenali Dolla dalam live.

SALAH seorang anggota kumpulan SMDX iaitu Elle Thong menerima kecaman netizen selepas memberitahu dia tidak mengenali kumpulan Dolla ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Menurut Elle, dia bukanlah mahu bersikap sombong namun jujur mengakui tidak mengenali kumpulan tersebut.

"Eh mereka nak cabar Dolla. Siapa Dolla? Saya tidak kenal Dolla.

Copy of Untitled - 2024-05-23T135018.407

Jawapan Elle mengundang rasa kurang senang netizen.

"Mungkin Davy dan Crystal (anggota SMDX) kenal Dolla, saya tidak kenal. Bukan sombong tetapi memang tidak kenal," katanya menjawab pertanyaan seorang pengikut.

Potongan klip sesi live itu menjadi tular di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, Ella turut memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kecaman orang ramai berhubung pemilihan pakaian tradisional Sabah dalam muzik video single pertama mereka berjudul Original Sabahan.

Malah, dia memberitahu sudah bersedia mental dan fizikal untuk berdepan kecaman netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau dah international” - Dolla cetus fenomena selepas persembahan ‘Show It All’, Syasya diserbu peminat di China

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla diterima baik di China, teruja dapat kongsi ilmu dalam program realiti... “Kami pergi makan pun orang tegur”

"Lagu tu tidaklah mereka kecam sangat, tetapi pakaian itu ada, mungkin mereka tidak tahu pasal moden. Peduli apa?

"Cukup training sudah saya punya mental, memang ada haters yang kecam sebab cemburu tapi kan ada saya kisah," ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik sikap Elle yang disifatkan sombong sedangkan usia kerjaya mereka masih dianggap mentah.

"Attitude number one la sumandak! Saya tak minat Dolla tapi saya tahu mereka sudah level international.

Copy of Untitled - 2024-05-23T135037.604

Selain Elle (tengah), SMDX dianggotai Crystal dan Davy.

"Sombongnya padahal lagu ada satu saja, itu pun remix version. Dolla pun tak kenal mereka pun," komen netizen.

Selain Elle, SMDX atau disebut Sumandax turut dianggotai oleh Crystal Vanessa John dan Deveygrayc.

Kumpulan yang bernaung di bawah label XIOKK Entertainment baru melancarkan lagu pertama mereka itu pada 15 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain