suria

Comelnya... Terhibur tengok telatah anak Syamel, tak senang duduk dengar ucapan Aziz Harun

Khawla (kanan) begitu meminati Aziz.

REAKSI anak perempuan Syamel iaitu Nur Khawla Soleha semasa menonton video ucapan yang dihantar penyanyi Aziz Harun mengundang lucu dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 31, di Instagram itu, Khawla dilihat begitu teruja selepas bapanya menunjukkan rakaman video yang dibuat oleh Aziz itu.

Sejurus selepas mendengar suara Aziz, 26, Khawla tersipu-sipu malu dan menari kegembiraan kerana dapat mendengar suara penyanyi kegemarannya itu.

Khawla (kanan) teruja mendengar suara Aziz.

Khawla (kanan) teruja mendengar suara Aziz.

Malah Aziz turut menyanyikan lagu raya popular nyanyian bersama Aisha Retno iaitu Ketipak Ketipung Raya.

Penyanyi asal dari Brunei ini juga sempat menitipkan nasihat buat kanak-kanak itu untuk sentiasa mendengar kata ibu dan bapa.

"Hai Lala (panggilan Khawla), uncle Aziz di sini. Uncle nak menyanyikan lagu untuk Lala boleh?

ARTIKEL BERKAITAN: "Khawla manja macam ibunya" - Syamel belajar jadi bapa, walau sibuk tetap cari masa untuk anak

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kacang lupakan kulit, Syamel ada sebab 'hijrah' selepas 8 tahun

"Ketipak ketipung sayang baju raya dah beli ke sayang, kalau sudah mari beraya... Dengar cakap mummy (panggilan Ernie) dan daddy (panggilan Syamel) okay. Jumpa nanti Lala, sayang awak," katanya.

Belum puas mendengar suara Aziz, Khawla sekali lagi meminta bapanya untuk memainkan semula rakaman video tersebut.

"Daddy Lala nak uncle Aziz. Lagi, nak lagi nak lagi. Last," ujarnya.

Melihat kepada reaksi teruja anaknya itu, Syamel menganggap Aziz sudah berjaya menawan hati Khawla sekali gus membuatkan anak perempuannya itu lebih memilih penyanyi berkenaan berbanding dirinya.

"Aziz Harun - 1, daddy - 0," tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen ibu Khawla iaitu penyanyi Ernie Zakri memberi pesanan kepada anaknya untuk tidak memperlakukan bapanya seperti itu.

Telatah Khawla sering kali mendapat perhatian ramai.

Telatah Khawla sering kali mendapat perhatian ramai.

"Lala kasihanlah daddy tu, jangan seksa daddy lagi okay," katanya.

Untuk rekod, Syamel mendirikan rumah tangga dengan Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, pada 22 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain