suria

Pas perjalanan tercicir di Jepun, Alicia Amin kagum pihak berkuasa berjaya temuinya - “Kalau di Malaysia memang kena reda”

Alicia mengakui cemas ketika kehilangan pas perjalanan tersebut.

PELAKON dan model Alicia Amin berdepan detik cemas apabila pas perjalanan miliknya tercicir ketika bercuti di Jepun pada Rabu lalu.

Alicia atau Raja Alicia Raja Amin, 29, berkata, dia mula menyedari pas itu tiada dalam simpanannya beberapa jam sebelum menaiki kereta api ke Tokyo.

"Setelah terpaksa menempuh beberapa jam perjalanan sebab berada di luar Tokyo, tengah hari tadi (Rabu) saya sedar pas kereta api saya hilang.

"Saya pada awalnya tidak sedar pas itu hilang sebab perlu bertukar kereta api sekali sahaja tanpa perlu menggunakan pas tersebut," katanya.

Untitled design - 2024-03-28T110531.700

Alicia membuat perkongsian tersebut menerusi Instagram.

Alicia berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama The Bridge itu bagaimanapun memaklumkan dia menemui pas tersebut setelah meminta bantuan pihak berkuasa di sana.

Jelas Alicia, dia terkejut kerana pihak berkuasa berjaya menemui pas tersebut selepas diserahkan oleh orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Alicia Amin mahu gembirakan diri selepas cerai, enggan terburu-buru cari pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bahagia 2 tahun, Alicia Amin bercerai talak satu

Menurut Alicia, jika perkara itu berlaku di Malaysia, dia mungkin hanya mampu berserah serta reda.

"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa dan terkejut kerana ada orang awam yang jumpa dan pulangkan semula pas itu.

"Akhirnya pas itu saya dapat semula, kalau di Malaysia memang saya kena reda sahajalah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain