suria

[V] Tak cukup masa punca pendengar salah faham respons kepada ‘caller’, Neelofa kata isu ibu bapa topik besar

SUSULAN kecaman yang diterima ketika menjadi penyampai jemputan dalam segmen 3 Pagi Era baru-baru ini, pengacara dan usahawan Neelofa mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan salah seorang pemanggil.

Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, kesuntukan masa ketika itu menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk berkongsi isu berkenaan secara menyeluruh sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan pendengar.

"Saya akui ketidaksempurnaan memberi pandangan dalam konteks menyeluruh. Saya bercakap tentang agama tanpa menyentuh aspek lain seperti kesihatan mental dan juga empati. Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi berkongsi sedikit daripada apa yang saya tahu.

neelofa 3

Penjelasan Neelofa baru-baru ini menimbulkan salah faham ramai.

"Dalam waktu yang singkat penjelasan itu tidak cukup. Secara spontan itulah reaksi atau jawapan yang boleh saya berikan. Jika ada masa mungkin saya boleh huraikan lebih lagi," katanya kepada mStar.

Neelofa ditemui ketika majlis berbuka puasa serta memperkenal program-program terbitan Astro sempena sambutan Hari Raya Aidilfirtri tahun ini yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Sebelum ini nama Neelofa menjadi sebutan ramai kerana dianggap tidak ada sifat empati terhadap seorang pemanggil yang terpaksa membesarkan adik-adiknya susulan masalah dalam keluarga.

ARTIKELBERKAITAN: [V] “Saya dah tak larat” - Neelofa hulur salam damai, mahu tamatkan sengketa 13 tahun dengan Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa pantau Bilal setiap kali makan, teringat pengalaman tercekik ais sewaktu kecil... Siap sediakan ‘anti chocking device’

Ramai yang melihat Neelofa tidak prihatin akan nasib seseorang yang berdepan situasi begitu.

Berkongsi pandangannya, Neelofa berpendapat isu ibu bapa adalah sesuatu perkara besar untuk diperkatakan dan sebagai anak seharusnya berbuat baik kepada orang tua meskipun mereka tidak mentaati Allah.

"Ibu bapa ini adalah satu subjek besar dalam al-Quran. Betapa besarnya darjat mereka yang diceritakan dalam setiap ayat-ayat al-Quran.

Secara spontan itulah reaksi atau jawapan yang boleh saya berikan

NEELOFA

PENGACARA/USAHAWAN

"Allah sudah berpesan sekalipun ibu bapa syirik, sebagai anak kita tidak harus taat namun perlu berbuat baik tanpa meninggi suara atau bermasam muka," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai aktiviti sepanjang Ramadan tahun ini, Neelofa memberitrahu dia banyak menghabiskan masa di rumah dengan melakukan amal ibadah selain mendalami al-Quran.

neelofa 2

Neelofa banyak luangkan masa dalami al-Quran sepanjang Ramadan.

"Ramadan tahun ini paling tidak sibuk dan cukup bermakna bagi saya. Banyak masa dihabiskan di rumah, rutin saya sederhana tetapi amat bermakna.

"Selain menguruskan keluarga saya banyak memberi fokus untuk habiskan beberapa bahan bacana dan khatam al-Quran. Tinggal sedikit lagi nak khatam," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain