suria

Diminta boikot Aliff Aziz, jenama fesyen Rizman Ruzaini tak campur urusan peribadi

Rizman tak masuk campur isu kontroversi Aliff.

MENYEDARI kontroversi melibatkan model kempen raya mereka iaitu Aliff Aziz, jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi pelakon itu.

Kata Rizman atau Rizman Nordin, 39, jenama mereka tidak terkesan dengan kontroversi berkenaan dan enggan melayan sebarang kecaman melampau daripada netizen.

“Tak terkesan sebab selebriti kami ramai sangat. Kedua koleksi kami pun sangat besar, jadi tidaklah tercalit sangat pada kami. Lagipun dia (Aliff) bukan main muses (wajah utama).

NP-148

Aliff antara selebriti muses jenama RR untuk kempen raya tahun ini.

“Kami daripada Rizman Ruzaini sebenarnya memang tak nak campur dan sebolehnya tak mahu ada kontroversi apa-apa... kami hanya buat kerja kami sahaja.

“Macam sekarang kalau tengok ada komen-komen negatif di IG. Tapi itu rumah (IG) kita, jadi kalau orang datang mencemarkan rumah kami tu, kami block sahaja,” katanya kepada mStar.

Rizman berkongsi perkara itu semasa ditemui di Majlis Berbuka Puasa Rizman Ruzaini yang diadakan di Rumah Tangsi Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rizman Ruzaini mengakui ada netizen mahu memboikot jenama mereka gara-gara menggunakan Aliff sebagai salah seorang model dan wajah koleksi raya tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizman Ruzaini tubuh RR Empire, mahu bantu orang ramai jana pendapatan tanpa modal... siap dapat latihan percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kompromi terhadap kelakuan buruk, wajah Ruhainies kena ‘blur‘ dalam iklan

Rizman bagaimanapun menjelaskan mereka sebagai pereka fesyen sama sekali tidak terlibat dalam isu peribadi selebriti dan hanya bergerak sebagai entiti perniagaan.

“Komen tu macam nak boikot kami, tapi kami rasa kami tak bersalah.

“Sama macam Fiziwoo yang ambil Ruhainies sebagai duta. Kami ini tak bersalah dan kami hanya buat kerja kami.

“Di pengakhirannya kerjasama dengan artis ini adalah untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun hubungan kami dengan Aliff atau Bella memang tiada masalah,” jelasnya.

Komen tu macam nak boikot kami, tapi kami rasa kami tak bersalah.

RIZMAN

PEREKA FESYEN

Sementara itu, Rizman memberitahu kerjasama mereka dengan Aliff hanya untuk sesi fotografi sahaja, manakala isterinya iaitu Bella Astillah mempunyai komitmen tambahan bersama jenama ini.

“Kerjasama kami masa sesi fotografi tu sahaja. Tapi untuk Bella kita ada meet and greet bersama pembeli.

“Kalau nak ikutkan sebelum pemilihan artis tu pun kami dah tapis untuk elak kontroversi macam apa yang berlaku.

“Sebab pada masa depan perkara itu imej bagi sesebuah jenama. Kami memasarkan perniagaan jadi tak boleh isu-isu kontroversi ni.

NP-146

Isu kontroversi Aliff dan Ruhainies hangat diperkatakan di media sosial.

“Kami pula tak percaya bahasa bad kontroversi satu taktik pemasaran. Bagi kami semuanya kerana hasil kerja,” ujarnya.

Sebelum ini, isu kontroversi membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi bualan di media sosial.

Sehinggakan terdapat gerakan netizen mahu memboikot mereka dan produk berkaitan gara-gara isu kontroversi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, eksklusif sepanjang 30 hari kempen Rumah Raya Rizman Ruzaini berlangsung, mereka menawarkan promosi istimewa kepada pemegang kad Malayan Banking Berhad (Maybank) yang membeli koleksi mereka di sana.

Untuk pemegang kad kredit Maybank yang berbelanja RM500 dan ke atas layak menerima diskaun sebanyak 20% manakala untuk pemegang kad debit Maybank dengan pembelian RM300 dan ke atas berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10%.

Koleksi Raya RR 2024 ini telah dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024 dan boleh juga dibeli melalui atas talian di rrbyrizmanruzaini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain