suria

Tiada kompromi terhadap kelakuan buruk, wajah Ruhainies kena ‘blur‘ dalam iklan

Wajah Ruhainies dikaburkan manakala Hisyam dan Wany turut terlibat dalam iklan tersebut.

SEBUAH jenama bertindak menyunting dengan mengaburkan wajah pelakon Ruhainies dalam sebuah iklan bersempena Ramadan dan Aidilfitri.

Menerusi kenyataan dikeluarkan jenama berkenaan, tindakan itu diambil bagi memastikan kontroversi melibatkan Ruhainies tidak menjejaskan tayangan video tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, rakaman iklan tersebut sudah siap lebih awal iaitu pada Disember tahun lalu dan turut menampilkan Wany Hasrita dan Hisyam Hamid.

Sebuah jenama bertindak mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan mereka.

Ruhainies merupakan salah seorang model dalam iklan tersebut.

"Pemilihan mereka bertiga menjayakan rakaman dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023.

"Berhubung dakwaan ditangkap khalwat dihadapi salah seorang pelakonnya, kami berharap ia tidak akan memberi kesan kepada tayangan iklan kerana rakaman sudah siap pada Disember 2023," kata kenyataan itu yang disiarkan di Instagram.

Dalam pada itu, jenama berkenaan menegaskan pihak mereka tidak berkompromi dengan isu melibatkan Ruhainies.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies bebas dengan jaminan, keluar dari Jawi sekitar 2 petang

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tolong angkat barang Ruhainies, hanya duduk di ruang tamu ketika diserbu Jawi

"Kami tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi," ujar kenyataan itu lagi.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff Aziz dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka ditahan di Jawi sebelum dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

Untitled design (46)

Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat pada 9 Mac lepas di kondominium milik aktres berkenaan.

Pada Isnin lalu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai terhadap aktor itu secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sebutan kes itu pada Rabu lalu bagaimanapun ditangguhkan pada 4 April depan susulan Aliff tidak dapat hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain