suria

Stok karipap daging sentiasa ada, menu wajib Ramlah Ram berbuka puasa

Jika ada masa Ramlah akan membuat karipap daging sendiri.

SETIAP kali masuk bulan Ramadan pasti ramai di antara kita mempunyai juadah wajib yang mampu membangkitkan memori dan selera ketika berbuka puasa.

Begitu juga dengan penyanyi Ramlah Ram yang mendedahkan cukup menggemari juadah karipap berintikan daging malah menjadi menu wajibnya.

Ramlah, 59, berkata, karipap daging akan menjadi juadah pertama yang akan dimakan ketika berbuka malah akan membuatnya sendiri jika tiada dijual di bazar Ramadan.

"Juadah wajib saya karipap! Memang saya akan cari, kalau rajin saya akan buat dan bekukan dalam peti ais.

size NP 1 (88)

Ramlah wajib berbuka puasa dengan karipap daging.

"Saya sebenarnya lebih suka buat sendiri sebab kadang-kadang kalau beli tak dapa rasa yang saya inginkan.

"Karipap daging memang jadi kegemaran saya dan ia juadah pertama akan saya cari dulu," katanya kepada mStar.

Ramlah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Bersama Media bersempena Program Khas Ramadan dan Syawal RTM baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramlah Ram imbau kenangan potong rambut panjang... punyalah sayang simpan dalam kotak tapi dibawa lari tikus

ARTIKEL BERKAITAN: Ramlah Ram dinasihatkan berehat, peti suara bengkak akibat gastrik

Dalam pada itu, Ramlah berkata, dia tidak terfikir untuk menjual karipap daging hasil buatannya kerana merasakan citarasa orang lain berbeza.

Malah kata Ramlah, kekangan masa juga menjadi salah satu faktor dia tidak mahu terlibat dalam perniagaan apatah lagi berkaitan makanan.

"Saya buat sebab nak makan ikut tekak saya dan belum tentu orang suka dengan selera kita.

"Kalau nak berniaga tu memang tak sempat. Saya sendiri pun kalau tiada masa memang beli sahaja.

size NP 1 (89)

Ramlah berazam solat tarawih berjemaah di masjid sebanyak mungkin.

"Jujurnya saya tak pernah terfikir pun nak berniaga karipap sebab tiada masa tapi kita tidak tahu pada masa akan datang macam mana," ujarnya.

Sementara itu, bercerita mengenai aktiviti seni di bulan Ramadan, Ramlah berazam mahu menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid sebanyak mungkin.

"Niat hati ini mahu berehat sepanjang Ramadan dan fokus buat ibadat termasuk solat Tarawih di masjid.

"Tarawih malam pertama memang saya tak akan lepaskan dan kalau boleh nak solat berjemaah sepanjang Ramadan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain