suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Safawi Rasid meninggal dunia, Syifa Melvin kongsi foto kenangan bersama mentua

Bapa Safawi Rasid meninggal dunia.

BAPA kepada pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid iaitu Rasid Sulong dilaporkan meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Safawi, 26, berkongsi berita sedih pemergian bapa tercinta itu menerusi Instastory miliknya.

safawi - 1

Safawi memaklumkan berita sedih itu di Instastory.

"Assalamualaikum, mohon sedekahkan al-Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi (meninggal dunia) sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat," katanya.

Safawi bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian bapanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin dan Safawi Rashid timang bayi lelaki, pilih nama Saif Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat bola dalam baju, Safawi dedah Syifa Melvin sedang hamil 6 bulan

Sementara itu, isteri Safawi iaitu Syifa Melvin atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, menerusi Instastory turut memuat naik foto bersama Allahyarham reda atas pemergian bapa mentuanya itu.

"Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti. Al-Fatihah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain