suria

Sweetnya! Michelle Yeoh kongsi foto perkahwinan, siap muat naik gambar atas katil bersama suami

Michelle mengesahkan perkahwinannya bersama Todt.

SELEPAS bergelar isteri, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi foto kenangan perkahwinannya bersama suami iaitu Jean Todt untuk tatapan umum.

Menerusi Instagram, bintang filem Everything Everywhere All At Once itu berkongsi empat keping foto termasuk satu foto di atas katil selepas mereka disahkan menjadi pasangan suami isteri.

mic2 - 1

Sekitar majlis perkahwinan Michelle dan Todt.

"19 tahun dan Ya! Kami sudah berkahwin. Terima kasih kepada semua 'keluarga' yang selama ini menyokong kami," katanya.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Ipoh Perak ini turut berkongsi satu foto yang merupakan poster daripada filem Bond lakonannya, Tomorrow Never Dies dengan menyunting meletakkan wajah suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh akhirnya kahwin Jean Todt selepas hampir 2 dekad bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: "Mungkin kejutan untuk saya"... Ibu tak tahu Michelle Yeoh kahwin, harap ada majlis resepsi di Malaysia

Menerusi poster tersebut juga, Michelle menulis 'Love Never Dies' daripada produksi Jean Todt dan Michelle Yeoh pada Khamis, 27 Julai iaitu tarikh perkahwinan mereka.

Sebelum ini, berita perkahwinan mereka diumumkan oleh pelumba Formula 1 Brazil iaitu Felipe Massa di Instagram miliknya pada Jumaat lalu.

Majlis berkenaan yang berlangsung di Geneva, Switzerland diadakan secara tertutup dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Pada Sabtu, ibu Michelle iaitu Datin Janet Yeoh mendedahkan dia tidak tahu tentang perkahwinan anak perempuannya itu.

mic1 - 1

Michelle dan Todt disatukan selepas 19 tahun menjalin hubungan.

Janet juga berharap agar anak perempuannya itu pulang ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan rakan-rakan.

Michelle sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain