suria

Michelle Yeoh akhirnya kahwin Jean Todt selepas hampir 2 dekad bercinta

Michelle dan Jean berkahwin selepas lama bercinta.

HAMPIR dua dekad menjalinkan hubungan cinta, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland pada Khamis.

Berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai.

ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Pelakon Wanita Terbaik milik Michelle Yeoh, cipta sejarah rakyat Malaysia pertama menang Oscar

Michelle, 60, mula berkenalan dengan Jean pada Jun 2004 di Shanghai, China.

Kisah mereka sering menjadi perhatian dan ramai menantikan hari perkahwinan pasangan ini.

michelle 2

Michelle dan Jaen diraikan rakan-rakan terdekat pada hari perkahwinan.

Mereka mengumumkan pertunangan pada Julai 2004.

Michelle sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain