suria

Yazmin Aziz 2 kali diundang nyanyi depan Presiden Filipina, gementar nak hafal lagu permintaan ‘first lady’

Yazmin bangga dan teruja dapat beraksi di hadapan Presiden Filipina.

PENYANYI Yazmin Aziz meluahkan rasa gembira dan bangga apabila diberi peluang membuat persembahan di hadapan Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos Jr. dalam sebuah acara di ibu negara itu Selasa lalu.

Di sebalik perasaan itu, Yazmin, 22, berkata, dia juga berasa gementara apabila diminya menyanyikan lagu berjudul Bituing Walang Ningning nyanyian asal Sharon Cuneta atas permintaan isteri Marcos sendiri iaitu Louise Araneta.

"Pada awalnya saya dipanggil pihak kedutaan Filipina untuk membuat persembahan. Tak sangka ia adalah pentas utama di hadapan presiden.

yazmin - 1

Yazmin tidak menyangka dapat membuat persembahan di pentas utama.

"Saya memang teruja tapi bayangkan saya diminta menyanyikan lagu kegemaran first lady. saya hanya sempat hafal lagu itu dalam tempoh dua hari!," katanya ketika dihubungi mStar.

Yazmin dijemput membuat persembahan pada acara makan malam anjuran keduataan negara itu di sebuah hotel pada Selasa sempena lawatan rasmi Ferdinand ke Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet bola keranjang Hong Kong tambat hati Yazmin Aziz, sedia kahwin selepas tamat belajar

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz ucap 'selamat tinggal' pada nasi dan gula, rahsia turun 8 kilogram tak sampai sebulan!

Ini bukan pertama kali Yazmin diberi peluang sebegini kerana dia pernah tampil menghiburkan presiden Rodrigo Duterte sempena lawatan kerja di KL pada 2016.

Melihat ia sebagai satu kenangan terindah, bagi Yazmin peluang sebegini juga dilihat sebagai satu tanda aras buatnya mengukuhkan nama dalam industri.

Saya memang teruja tapi bayangkan saya diminta untuk menyanyi lagu kegemaran isteri presiden.

YAZMIN AZIZ

PENYANYI

Bercerita lanjut tentang kenangan membuat persembahan berkenaan, penyanyi ini memberitahu dia sempat bertentang mata dan merakamkan gambar bersama Louise.

"Kata orang ketika berada di atas pentas jangan lihat ke arah presiden dan isterinya bagi hilangkan rasa gementar. Tetapi saya tidak mahu lepas peluang untuk melihat reaksi kedua mereka.

"Tak sangka isteri presiden menyanyi bersama ketika itu. Saya juga sempat bergambar dengan wanita nombor satu di Filipina itu," ujarnya.

WhatsApp Image 2023-07-26 at 7.55.46 PM

Yazmin bersama Duterte, Presiden Filipina pada 2016.

Tambah Yazmin melakukan persembahan di hadapan kenamaan seperti ini juga membuktikan dia bukan artis yang hanya dikenali dengan kontroversi.

"Saya dah buat banyak persembahan di merata tempat. Malah menjadi wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa.

"Orang masih lagi bercakap tentang kontroversi. Harap ada sesuatu yang membanggakan seperti ini boleh menjadi bualan ramai," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain